TAUTAN UKHWAH

26 April 2011

Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais Menyampaikan Muhadharah di Masjid Darul Quran

(SUMBER : LAMAN WEB DQ)
23 April 2011
- Darul Quran JAKIM telah menerima kunjungan daripada Al-Fadhil Sheikh Dr. Abdul Rahman al-Sudais, Imam Masjidil Haram. Ia merupakan antara agenda lawatan beliau ke Malaysia bermula Isnin lalu. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah Jakim, Tuan Hj. Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Tn. Hj. Abdul Halid bin Sintol, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Tuan Hj. Razali bin Shahabudin, Pengarah Darul Quran, Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya serta para pegawai Darul Quran. Setelah mendengar taklimat ringkas berkenaan Darul Quran, beliau telah mengimamkan solat Zohor di Masjid Darul Quran yang dipenuhi dengan jemaah muslimin dan muslimat yang berjumlah hampir 500 orang.
Agenda kemuncak yang dinantikan ialah sesi muhadharah yang disampaikan oleh al-Imam Syeikh as-Sudais kepada para jemaah yang terdiri daripada masyarakat setempat, imam-imam masjid sekitar Hulu Selangor, para kakitangan dan pelajar Darul Quran. Antara amanat yang disampaikan dalam muhadharah tersebut ialah:

1) Beriman dengan al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya.
2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yang disebut di dalam al-Quran.
3) Kepentingan menghafaz al-Quran, dan setiap individu muslim itu perlu menghafaz al-Quran setakat mana yang mampu.
4) Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah mu’jizat yang agung yang menjadi taklifan untuk dihayati oleh setiap insan.
5) Melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
7) Menjadikan al-Quran sebagai sumber perundangan dan sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah
8) Mengambil al-Quran sebagai penawar (shifa’), dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat.
9) Mengawasi dan mengambil berat pada bi’ah sekeliling jika tidak merealisasikan ajaran al-Quran.
10) Menjadikan Islam sebagai cara hidup (way of life) kerana Islam adalah agama yang sempurna merangkumi seluruh aspek termasuk ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya.
Di samping itu, beliau turut menasihatkan kepada para ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memastikan ia menepati manhaj al-Quran agar menjadi pentarbiyahan yang sempurna dan terbaik buat mereka. Beliau juga berpesan kepada semua agar menguasai Bahasa Arab sebaik mungkin bagi tujuan memahami al-Quran. Di akhir ucapan, beliau mendoakan agar Darul Quran khususnya menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu al-Quran dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara yang lain dalam memartabatkan al-Quran di persada dunia.

Gambar-gambar sekitar kunjungan Syeikh As-Sudais ke Darul Quran:

©2011 Unit Penerbitan DQ | Nazra Photography
Ketua Pengarah Jakim bersama Syeikh As-Sudais di bilik tetamu Darul Quran.

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography
Bergambar kenangan bersama sebahagian warga Darul Quran.

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography
Pengarah Darul Quran mengiringi Syeikh As-Sudais ke Masjid Darul Quran.

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography
Suasana ketika majlis sedang berlangsung.

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography
Syeikh As-Sudais menerima cenderahati kenangan daripada Pengarah Darul Quran.

©2011 Unit Penerbitan DQ | Nazra Photography
Syeikh As-Sudais berangkat pulang.

FATRAH IMTIHAN KABIR..

Doakan ana dalam fatrah imtihan bermula hari ni 26 April 2011 hingga 12 Mei 2011.

16 April 2011

PAMERAN & PERTANDINGAN SENI KREATIF 2011





Jumaat, sekali lagi terdaftar sebagai peserta Pertandingan Kaligrafi Khat Arab anjuran Kelab Seni& Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar USIM ...baru saja minggu lepas menyertai Pertandingan Kaligrafi Khat Arab di dalam program FESTKOM (Festival Ko-Kurikulum Mahasiswa/i)...

Alhamdulillah...langkah kian kukuh meneraju minat terhadap Seni Khat. InsyaAllah, ingin mengetengahkan keseniaan Islam yang perlu diberi perhatian.

08 April 2011

BEDAH BUKU ILMIAH- KEHEBATAN SUSUNAN AL-QURAN


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, sempat jugak update blog yg dh lama berhabuk ni...kekangan masa terlalu padat menyebabkan 'aula' blog ini terkebelakang dr taklifan lain.

Semalam selepas present tugasan Leadership depan lecterer, sempat lagi join program Bedah Buku Ilmiah di hall. Tajuk yang cukup menarik untuk memproses diri ini menuju fakih dalam agama Allah kerana merasakan diri sudah makin longgar memegang title "hafizah" dek kekangan dari segala sudut dan kurangnya mujahadah.

Sebuah perkongsian yang ana rasa perlu dan wajib untuk semua mafhum berkaitan ilmu Al-Quran ini. Kehadiran Prof.Madya Dr.Mohd Arip Bin Kasmo, wasilah Allah yang didatangkan untuk mengetuk pintu2 hati yang lalai di DKP4, USIM..Alhamdulillah, tergolong dlm golongan orang yang mampu untuk melangkahkan kaki ke tempat tersebut..karya beliau :KEHEBATAN SUSUNAN AL-QURAN DAN PENGUKUHAN AQIDAH MENERUSI PENGHAYATAN SAINS DALAM AL-QURAN.Dua buah buku yang mengupas persoalan yang sudah dikaji untuk kemaslahatan umat.

Saat mendengar perbentantangan kertas kerja dan slide2 yang dipertontonkan, hati kecil berkata-kata ada hikmah diatas setiap aturan Allah dlm hidup ni...daripada seorang pelajar aliran sains tulen, sempat menjengah seketika ke dunia nursing dan bertukar ke aliran tahfiz seterusnya kebidang pengajian Islam bidang Aqidah dan Agama...pernah terlafaz, "aku dah lari bidang"...sebenarnya..semua itu adalah cabang yang sama. Ilmu2 Islam...

Melihat pada profil Prof. Dr. Mohd yang lagi unik membuatkan diri ini teruja untuk menjadi sehebat beliau, pada asalnya menjadi 'Science Teacher' sehingga menjadi 'Associate Professor'..banggaku kerana Allah untuk insan ini kerana menjadikan bidang kajian Al-Quran&Science sbg cabang untuk mendapatkan PhD.

(Ilmu Sains=Ilmu Aqidah) -rangkap kata yang pada beliau menjadi lambang diri untuk lebih tekun menjadi hamba Allah. Belajar dan menkaji ilmu untuk menambahkan iman...Subhaanallah!
Kajiannya menggamit tanda kebesaran ilahi dan menggamit rasa kehambaan diri.
Beliau bawakan ayat ini untuk kita sam-sama fikir, Surah Fussilat.Ayat 53:

53. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?.

Rupa-rupanya buku karya beliau yang dibedah tersebut adalah karya 10 tahun lepas, bahan yang cukup berharga untuk lapangan mahasiswa merujuk dan menelaah. Menulis buku tidak menulis cerita didalam komik katanya, untuk matlamat jangka panjang dan untuk keberkesanan manfaat umat, buku tersebut mengambil masa 2 tahun dalam penulisan dan kajian.

Sebagau perkongsian, sempat ana highlightkan beberapa point penting dari analisis buku tersebut:

-Menyedari kepentingan memahami dan mengkaji Al-Quran.

-Menyedari kepentingan mengamalkan ajaran Al-Quran.

-Mengukuhkan iman apabila memahami setiap keajaiban yang ada pada kandungan Al-Quran, ini kerana...fitrah manusia inginkan bukti untuk mempercayai sesuatu, dan cabang kepercayaan ini menuju iman.

-Menyedari kepentingan mempelajari bahasa Arab.

Firman Allah dalam surah Al-Hadid.ayat : 25

25. Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami Dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat Yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan Yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi Dengan keadaannya mengandungi kekuatan Yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi Dengan keadaan Yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu Dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang Yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya AllahMaha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Sama-sama kita jadikan satu guideline untuk kita terus maju mengikut acuan Al-Quran...Al-Quran penuh dengan keajaiban, kajilah dan carilah kekuatan untuk terus mantapkan keperibadian kita..

Wallahu A'lam.

DOA PILIHAN

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN MURAH REZEKI

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”