TAUTAN UKHWAH

30 January 2011

...Belajar berkawan...


Assalamualaikum warahmatullah...
Seinfiniti syukur buat Pencipta- Allahu Azza wa Jalla krn masih memberikan kpd kita pinjaman nyawa dlm nikmat IMAN dan IHSAN...
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi SAW, para sahabat dan kaum kerabat baginda..

Post kali ini ana ingin ketengahkan sepertimana tajuk di atas..
Awwalan, ana mendoakan sahabat2 ana yang dicintai kerana Allah s.w.t sentiasa berada dlm kondisi sihat 'afiat..
Terfikir untuk b'kongsi tentang ini..'belajar berkawan'..
Ya..sememangnya kita perlu dan masih lagi tidak cukup ilmu bagaimana untuk berkawan..
atau..siapa blh kata dia paling pandai berkawan? atau anda ingin meng'ia'kan pertanyaan ana sbg buktinya anda sudah memiliki ribuan 'friends' di laman facebook?

Tidak cukup dengan itu wahai sahabat-sahabatku..menyedari hal ini, ana mengklasifikasikan kita masih dan sentiasa perlu tambahkan ilmu berkenaan ini.

Kerana apa? sila baca lagi...

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara kedua saudaramu. Bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Sudah menjadi fitrah setiap sesuatu perkara yang baik pasti ada perkara sebaliknya yang mengekori. Ada yang halal, maka akan ada yang haram. Ada yang gembira, akan ada ketikanya duka. Ada yang dicintai, dan ada yang dibenci. Ada pertemuan, maka akan ada perpisahan.

Begitu halnya dalam bersahabat. Ada waktunya kita gembira dan ada waktunya kita bersedih. Ada waktunya kita mencintai dan ada waktunya kita menjauhi. Dan dalam kebersamaan itu akan hilang rasa khuatir dan takut. Musnah rasa gelisah dan resah jika kebersamaan dan persahabatan itu ditaut dengan iman dan taqwa.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “Perumpamaan orang-orang yang beriman yang saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi, dan bantu-membantu di antara satu sama lain umpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota terasa sakit, seluruh jasad akan berasa sakit.”

Saat Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka berhenti bermalam di Gua Tsur. Abu Bakar meminta Nabi tunggu sebentar di luar. Abu Bakar tahu Gua Tsur banyak dihuni oleh binatang-binatang berbisa. Abu Bakar membersihkan ruang gua tersebut dan mencarikkan kain bajunya untuk menutup beberapa lubang kecil.

Selepas dipersilakan masuk oleh Abu Bakar, Nabi Muhammad s.a.w masuk dan membaringkan tubuhnya di atas tanah dengan kepalanya berbantalkan paha Abu Bakar. Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad s.a.w tertidur.

Tiba-tiba keluar seekor ular dari lubang yang tidak ditutupi kain. Terus, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya. Lantas ular tersebut pun menggigit kaki Abu Bakar. Beliau tidak mahu menggerakkan pehanya kerana tidak mahu tidur Nabi Muhammad terganggu.

Beliau merasakan kesakitan yang amat tetapi tetap tidak berteriak, tidak mengaduh dan tidak menggerakkan kakinya. Abu Bakar menahan kesakitan sehingga tubuhnya lemah dan akhirnya beliau menangis. Titisan air matanya jatuh ke muka Rasulullah sehingga Baginda terbangun.

Inilah pengorbanan seorang sahabat yang sejati. Yang rasa cinta kepada sahabatnya begitu tinggi. Lebih daripada rasa cinta kepada dirinya sendiri.

Bersahabat Perlu Sentiasa Bersedia

Walau kadang-kadang timbul persoalan di hati saat sesuatu tidak berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Walau kadang ada rasa tidak puas saat tidak mendapat apa yang diharapkan. Tapi, bersahabat tetap memberikan kita sesuatu yang penting iaitu tentang kehidupan.

Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.

Kita perlu sentiasa bersedia. Bersedia untuk berpisah. Itu fitrahnya. Soalnya cuma tinggal bila, mengapa dan bagaimana.

Banyak lagi yang ana ingin berkongsi tentang ini..nantikan sambungan post ini...BERSAMBUNG

21 January 2011

Boria USIM di MHI dan Polemik Facebook

Boria USIM di MHI dan Polemik Facebook
On 19/01/2011, in Teladan Hidup, by Abu Saif | 7,450 views | Print | Email | ....

Kredit foto: usimkini.blogspot.com

“Astaghfirullah” saya menggosok mata.

Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Saya sedang menunggu isteri menghabiskan ward round di hospital, dan mengisi sedikit masa yang ada dengan menonton rancangan MHI di TV3.

Siapa tidak kenal boria? Sama seperti dikir barat di Kelantan, boria adalah satu ekspresi budaya yang terkenal di negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu cabang seni yang ada tatacara dan ilmunya. Budaya warisan. Soal suka atau tidak suka, ia terpulang kepada kecenderungan peribadi masing-masing. Ada yang lega dengan Jazz, ada yang rasa bahagia dengan Dangdut.

Genre.

Tetapi apa yang terpampang di depan mata saya ini ialah Boria yang mengelirukan. Belum pernah saya melihat Boria dipersembahkan dengan mencampur adukkannya bersama lagu genre Samba nyanyian Zur Eda. Namun lebih mengelirukan saya ialah apabila kumpulan tersebut memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Boria Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Seperti biasa, Facebook menjadi tempat hal ini dibualkan.

Saya bertanya dengan nada sinikal, apa kaitan sebuah universiti berteraskan Sains dan Islam, dengan Boria Samba yang dipersembahkan itu.

“Boria USIM? Ya amatlah Saintifik dan Islamiknya ia!” demikian bunyi status di akaun Facebook saya.

Komen berkenaan pantas mendapat maklum balas rakan-rakan lain yang sebahagiannya turut menonton persembahan yang ganjil berkenaan. Tidak tertangkap di mata atau telinga saya, kumpulan yang membuat persembahan itu adalah pemenang tempat ketiga Festival Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FESTKUM) Disember tahun lalu.

Tiada siapa yang mengetahui di kalangan rakan Facebook bahawa kumpulan ini juga berada di bawah naungan unit Kebudayaan & Kesenian (UKK) USIM.

Boria biasa muncul di mana-mana. Samba juga wujud dalam budaya masyarakat. Namun mencampur adukkan ia, dan diperkenalkan sebagai budaya kebanggaan sebuah universiti, saya kebingungan.

KASUAL JADI RASMI

Akan tetapi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa perbualan kasual di Facebook itu telah diskrin cetak dan disiarkan di sebuah halaman web yang dikenali sebagai USIMKINI. Ia adalah sebuah halaman web yang dikunjungi oleh warga USIM sama ada daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswinya, mahu pun kakitangan IPTA tersebut. Komen di Facebook yang kasual dalam ruang lingkup yang terbatas itu, dilaporkan di halaman web USIMKINI sebagai ‘pandangan rasmi’ saya berkenaan Boria USIM. Tindakan janggal bagai tidak dapat membezakan antara perbualan seorang rakan dengan rakan-rakannya, dengan apa yang dikonotasikan sebagai ‘kenyataan rasmi’.

Dalam tempoh yang singkat, ia telah mencetuskan kacau bilau.

Saya menerima dengan lapang dada, teguran semua pihak bahawa saya boleh memilih perkataan yang lebih terhormat semasa mengkritik aset kebanggaan USIM ini. Ia menjadi pengajaran yang berharga buat saya.

Akan tetapi, pendirian saya yang bersifat substantial tidak berubah.

Budaya itu adalah suatu keaiban yang tidak layak untuk didukung oleh mahasiswa sebuah IPTA yang membawa nama Sains dan Islam. Andai ada yang masih mahu mempertahankan Boria USIM sebagai ekspresi aras menara gading, saya berlepas diri.

Kejadian ini sangat mencelikkan mata saya agar menambah baik bahasa di Facebook. Saya beristighfar dan memohon ampun daripada Allah atas ketelanjuran lisan saya sebagai manusia. Juga saya memohon maaf kepada penari-penari Boria USIM jika komen saya diambil secara personal.

I have nothing personal against any of you.

Moga diampunkan oleh-Nya.

REFLEKSI USIM SENDIRI

Namun apakah kejadian ini mampu mencelikkan mata USIM agar lebih bertanggungjawab dalam menghormati serta membawa nama ISLAM yang diberikan Allah kepada Syariat Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam?

Jangan sampai ayat ini menjadi kesimpulannya:

“Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!” [Al-Ma'aarij 70: 42]


Saya cemburu dengan huruf ‘I’ pada nama institusi anda!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

03 January 2011

TRANSFORMASI SEMESTER BARU...

Alhamdulillah..Rata-rata universiti telah melangkah ke semester baru di tahun baru ini...
Sebelum berpagian di hr pertama ke kuliah, smpat menelefon mak di kg..

"Selamat msuk sem baru, kena smangat mcm adik tau..hr ni adik dh start sekolah..tengok adik bsemangat nk masuk kelas"

Itulah kata2 keramat dari mulut seorang ibu yg cukup bharga buat diri..
Hari pertama kuliah di sem baru adalah sama dgn hari pertama adik bongsuku mlangkah ke sekolah..
Memohon redha dan restu seorang ibu itu sangat perlu..dalam menuntut ilmu atau dalam apa jua langkah kerja buat, jangan sesekali membelakangi ibubapa kita..

Sungguhpun tidak seperti zaman persekolahan dulu, setiap kali naik darjah @ melangkah ke tahun baru..uniform sekolah, beg sekolah, alat tulis dan seangkatan dengannya mesti bertukar baru...

zaman dan berubah, dunia dah maju, sekarang bukan zaman untuk merengek-rengek minta itu ini dengan mak ayah, bukan juga zaman nk selesa dengan setiap kondisi hidup di kampus...

Dengan melangkahnya tahun baru, maka menginjaklah usia..ada diantara kita tak senang dipandang melalui umur..kononnya poyo nk jadi muda, padahal umur dah dewasa, nk nmpak muda dan masih seronok terkinja-kinja..

Kita tidak seperti ulama' terdahulu..merasai bahang bersusah payah menuntut ilmu..meredah hutan belukar mencari guru...hasil merasai susah payah dan tekunnya mereka berguru maka lahirlah cendikiawan n ulama' yang mampu berfikir untuk umat..layakkah kita mencapai title sedemikian dalam kondisi kita bersenang lenang?

Memang patut disyukuri segala anugerah yang dikurniakan...akan tetapi kita kekuliah ibaratnya 'disuap-suap' kemudian balik buat assignment berpandukan Dr.Google yang dikatakan mampu membantu menyelesaikan byk mslh pelajar..library juga sudah kurang pengunjungnya..buku2 dan kitab ulama' bersawang tidak diguna..

Bukan senang untuk menjadi fakih dalam beragama..pengorbanan hanya ditahap sekangkang hama, asyik sibuk dengan hal dunia..bagaimana lah untuk menjadi mahasiswa yang pedulisme terhadap umat dan agama? jika diri berada ditakuk lama..canaikan kembali motivasi diri, terapkan visi dan misi untuk melakukan transformasi.

Salam juang.. mahasiswa Islam terus gemilang!!!

DOA PILIHAN

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN MURAH REZEKI

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”