TAUTAN UKHWAH

08 April 2009

MAI SINI NAK OYAK CEGHITO...!

Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan.

Pd zmn Nabi Musa a.s. dulu, ada sorang hamba Allah ni kerjanya sokmo mencuri.
Sudah 40 tahun dia mencuri. 1 hari, dia tengok Nabi Musa a.s. duk berjalan.
Terlintas di hatinya utk join Nabi Musa a.s.

Katanya, “ Kalu aku dpt b'jln dgn Nabi Musa, hrp2 dpt juga berkatnya utk aku.”
Tapi bila difikir balik, dia x jadi truskan niatnya.
Dia b'kata, “Aku ni pencuri. Manalah layak org macam aku nk b'jln dgn nabi.”

Pahtu dia tengok plak seorang abid b'lari-lari anak kejar Nabi Musa a.s. dr blakang.
Si abid ni tlh b'ibadah dgn istiqamah slama 40 thn dan dikenali orang.
Si pencuri tu b'kata dlm hatinya, “Baik aku b'jln dgn abid ini. Moga2 ada baiknya utk aku.”

Lantas si pencuri gi dkat si abid dan minta kbnaran utk berjalan b'samanya.
Apabila t'nampak si pencuri, si abid t'kejut dan terus rasa takut.
Dia kata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.”

Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.
Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah.
Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu.
Dia miskin dan tanggungannya banyak.
Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa.
Jiwanya terseksa dan menderita.

Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan. Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya.

Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah.
Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia.
Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati.
Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu.
Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.

No comments:

Post a Comment

DOA PILIHAN

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN MURAH REZEKI

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”