TAUTAN UKHWAH

KENAPA KITA DIUJI?

Posted by: WARDATUL HAFIDZAH in

Sheikh Sya’rawi berkata : Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk menthabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran.

Ayat ke-142

Firman Allah SWT yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Iktibar dan fiqh ayat

i. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Peristiwa perang Uhud banyak memberi pengajaran kepada umat Islam.

“Apa yang berlaku banyak hikmahnya antaranya memberi peluang kepada kaum Muslimin untuk muhasabah dan merapatkan saf perpaduan dan perjuangan.

“Ia juga ujian kepada kaum Muslimin dalam perjuangan mengejar syahid dan syurga”.

ii. Hamka berkata: “Sebagai guru yang dijelaskan peranannya, menjadi satu harapan kepada kita semua untuk meneruskan setiap peninggalan daripada mereka.

“Banyak yang bersuara lantang, berfatwa menyuruh orang berjuang dan bersabar.

“Sangat mudah untuk berkata sedemikian sebelum mereka menyaksikan sendiri betapa payahnya berjuang dan pahitnya untuk bersabar”.

iii. Al-Sonhadji berkata: “Sesungguhnya memerangi hawa nafsu untuk menunaikan hak-hak Allah dan hak-hak manusia amatlah berat memikulnya.

“Namun jika menang dalam perjuangan itu, ganjaran yang akan diperolehi ialah mendapat kemenangan dan kejayaan di dunia ini, dan mendapat ganjaran di akhirat dengan memperolehi syurga jannatunna’im”.

Ayat ke-143

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Kathir berkata: “Kamu orang yang beriman begitu bersemangat untuk bertempur dengan musuh sebelum hari ini. Sedangkan apabila bertemu dengan mereka kamu bimbang pula”.

ii. Al-Qurtubi berkata: “Ayat ini menjadi celaan bagi mereka yang kalah lebih-lebih lagi yang menggesa Nabi SAW supaya keluar daripada Madinah dalam peperangan Uhud.

“Walaupun begitu, ditegaskan di sini ada di kalangan orang yang beriman yang memohon daripada Allah supaya dikurniakan syahid dan mereka memohon kesabaran untuk berjihad sekalipun membawa kepada kematian”.

iii. Al-Alusi berkata: “Ayat ini ditujukan kepada kumpulan orang yang beriman yang tidak menyertai perang Badar kerana tidak menyangka berlakunya peperangan”.

iv. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Mereka dikecam kerana berpaling dari pertemuan dengan musuh ketika diberikan kesempatan.

“Dalam satu riwayat Rasulullah SAW mengingatkan: Wahai manusia, janganlah mengharapkan pertemuan dengan musuh (peperangan), mohonlah perlindungan Allah SWT dan bersabarlah apabila bertemu mereka. Sesungguhnya syurga di bawah bayang-bayang dan naungan pedang”.

v. Al-Sonhadji berkata: “Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang berjuang dalam medan perang Uhud.

“Yang demikian itu ialah kerana ramai sahabat Nabi SAW yang tidak turut serta dalam peperangan Badar, ingin benar hendak keluar menerpa musuh yang telah berkhemah menunggu di luar bandar Madinah, dengan harapan mereka dapat mengalahkan musuh dan di samping itu memperoleh pula keuntungan seperti orang-orang yang bertempur di medan perang Badar dahulu”.

Ketahuilah saudaraku, syurga Allah SWT nilainya amat tinggi dan mahal. Justeru, marilah sama-sama kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya untuk melayakkan kita memasuki syurga-Nya. Amin.

Percaturan Dari Dia

Posted by: WARDATUL HAFIDZAH

Alhamdulillah...ucapan seinfiniti syukur pada Dia sang Pencipta Yang Maha Kaya memberi kita pinjaman nyawa...

Alangkah nikmatnya jika diri sentiasa sedar bahawa setiap saat yang berdetik itu kita sentiasa berada dalam jagaanNya. Tapi biasa lah, kita manusia biasa yang lemah lagi hina, alpa lagi lupa, kadang-kadang lupa diri dan gemar mendabik dada..tapi Allah tetap sayang pada kita. Tidak pernah mengabaikan kita walau sesaat..mana mungkin Dia lupakan kita..sepanjang hayat kita hingga saat ini, denyutan jantung masih berdegup, jasad dan roh masih lagi hidup..

Kasih sayangNya tak pernah putus, memikirkan diri yang berada dlm ujianNya, aku cuba sedaya upaya dengan kudrat yang ada untuk terus kuat mengatur langkah..Suatu pengharapan yang cukup tinggi untuk diri, moga-moga aku lulus Mumtaz dengan mehnah dan tribulasi yang datang silih berganti. Perjuangan yang mesti dipertahankan hingga hujung nyawa..

Kadang-kadang terasa diri 'istimewa'..(biar la bunyinya agak bangga) ,diuji dengan tarbiyah tuhan sehingga rasa tak mampu nk menghadapinya..istimewa apa? Maha Penyayangnya dibekalkan aku bersama motivasi diri untuk terus tegar berjuang...satu nikmat yang perlu disyukuri..Laa Yukallifullahu Nafsan Illa Wus'aha...

aku redha andai ini kifarah dosa..

aku redha andai ini jalan untuk aku dekat denganNya.

aku redha andai ini tarbiyyah dariNya..

Terima kasih Ya Allah...

Sabarlah....AKU REDHA ANDAI INI KIFARAH DOSA...!

Posted by: WARDATUL HAFIDZAH in


“Dan sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sesuatu cubaan, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah‑buahan. Namun gembirakanlah orang‑orang yang sabar. Iaitu orang‑orang yang bila di timpa malapetaka (musibah) diucapkannya “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”. Merekalah orang‑orang yang mendapat berkat dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka pulalah orang‑orang yang mendapat petunjuk” .
(Surah Al‑Baqarah,ayat 155‑157).



Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menetapkan satu ketentuan yang amat pasti di dalam kehidupan kita iaitu keyakinan akan adanya musibah di samping nikmat, siang sesudah malam, sakit dan senang, bahkan hidup dan mati, adalah satu sunnatullah yang pasti dilalui secara bergantian oleh setiap makhluk hidup.



Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan supaya umat baginda selalu menjaga kesihatan sebelum sakit datang, berhati‑hati sewaktu kaya kerana miskin bias datang mendera, berhati‑hati sewaktu hidup sebelum mati datang menjemput. Begitulah bimbingan Agama Islam, yang pada hakikatnya menanamkan satu sikap hidup yang positif, iaitu “hati‑hati".



Maka, setiap Muslim diajarkan hidup di dalam sikap optimistis yang tinggi, selalu menjaga diri, sentiasa berbuat baik, kerana sesudah hari ini, akan ada hari esok. Inilah ajaran agama yang haq.Musibah adalah ujian dan iktibar. Di dalam pandangan agama Islam, hidup ini selalu ada padanannya, kembar atau bergandingan. Di dalam musibah terkandung makna yang dalam.



Di antaranya mengingatkan manusia, bahawa dirinya berada di dalam genggaman Allah Yang Maha Kuasa, sebagai inti dari ajaran tauhid. Musibah, tidak selamanya bernilai azab. Adakalanya hanya ujian belaka. Di balik ujian, mungkin tersedia yang lebih baik dari sebelumnya.



Matematika seperti ini kadang kala tidak terangkat oleh bingkai rasional semata-mata, kerana berada di dalam ‘wilayah’ keyakinan, sebagaimana diperingatkan wahyu Allah SWT,



‘Asaa an takrahu syai‑an wa huwa khairun lakum, wa ‘asaa an tuhibbu syai‑an wa huwa syarrun lakum. Wallahu ya’lamu wa antum laa ta’lamun.


Ertinya:"boleh jadi, engkau membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu (di balik sesuatu yang dibenci), dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (mungkin di balik yang disenangi, terdapat sesuatu yang sangat dibenci). Dan Allah semata yang Maha Tahu, sedang engkau tidak mengetahui (mengenai rahasia di balik semua peristiwa). Begitulah bimbingan wahyu Al Quran pada Surah Al Baqarah. (QS. 2 : 216).


Musibah atau cubaan dalam kehidupan mengandung ajakan untuk melakukan suatu koreksian (introspeksi). Bila masa sebelumnya terdapat suatu kelalaian, maka sesudah itu harus tumbuh sikap kesungguhan memperbaiki situasi kearah yang lebih baik. Sehingga dengan setiap kali datangnya musibah (ujian) manusia sentiasa meningkat tarafnya kepada suatu tingkat yang lebih tinggi.


Ujian tidak semestinya menjadikan manusia berputus asa dan hilang kepercayaan diri. Kepercayaan diri akan lenyap di kala manusia melupakan Tuhan dan membelakangi ajaran agamanya. Benteng agama yang dianugerahkan untuk setiap manusia di dalam menghadapi musibah adalah sabar, tegar dan tabah mengiringi ikhtiar yang lebih baik dalam kemasan bekerja dan berdo’a. Kembali kepada Allah dengan mematuhi semua ajaran‑Nya, dan menjauhi setiap larangan‑Nya adalah hakikat sabar yang sebenarnya.


Semoga semua yang ditimpa musibah saat ini dapat mengambil iktibar, supaya kita bersegera kembali kepada Allah SWT dengan istighfar memohon ampun atas segala dosa dan kesalahan, baik diketahui ataupun tidak, dan melazimkan saling memaafkan. Kembalilah beribadah kepada Allah, hidupkan fikiran dan gerakkan tenaga, cari apa yang di redhai Allah, supaya Allah senantiasa meredhai usaha kita. Jangan berputus asa terhadap rahmat dan lindungan ALLAH.

QANA'AH : Kearah kesufian peribadi

Posted by: WARDATUL HAFIDZAH


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,maksudnya:

“Dunia ini dibanding akhirat tidak lain hanyalah seperti jika seseorang diantara kalian mencelupkan jari ke lautan, maka hendaklah dia melihat air yang menempel di jarinya setelah dia menariknya kembali.” (Diriwayatkan Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah telah menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal bagi kita selaku hamba Allah. Apa yang ada diatas bumi ini seperti pakaian, makanan, minuman, pasangan dan lain-lain merupakan santapan kita yang sedang berjalan menuju Allah. Barangiapa di antara manusia yang memanfaatkan semua itu menurut kemaslahatannya dan sesuai dengan yang diperintahkan Allah maka itu adalah perbuatan yang terpuji. Dan barangsiapa yang memanfaatkannya melebihi apa yang dia perlukan kerana tuntutan kerakusan dan ketamakan maka dia tercela.

Wahai hamba Allah, setelah kita mengetahui hakikat dunia dan bagaimana seharusnya kita bersikap dengan dunia ini, adakah kita tetap akan mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya dan kita jadikan harta tersebut sebagai tujuan hidup kita???

Suri tauladan kita Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kita bagaimana kita harus bersikap terhadap harta, iaitu menyingkapi harta dengan sikap qana’ah (kepuasan dan kerelaan). Sikap qana’ah ini seharusnya dimiliki oleh orang yang kaya mahupuan orang yang miskin, adapun wujud qana’ah iaitu merasa cukup dengan pemberian Allah, tidak tamak terhadap apa yang dimiliki manusia, tidak iri hati melihat apa yang ada di tangan orang lain dan tidak rakus mencari harta benda dengan menghalalkan semua cara, sehingga dengan semua itu akan melahirkan rasa puas dengan apa yang sekadar keperluannya.

Tentang sikap qana’ah, Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyampaikan hadits dalam Shahih Muslim dan yang lainnya, dari Amr bin Al-Ash Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

قَدْ أفْلَحَ مَنْ أسْلَمَ وَرُزِقُ كَفَا فًا، وَ قَنَّعَهُ اللهُ بِمَا آتَاهُ

“Beruntunglah orang yang mempasrahkan diri, dilimpahi rezeki yang sekadar mencukupi dan diberi kepuasan oleh Allah terhadap apa yang diberikan kepadanya.” (Diriwayatkan Muslim, At-Tirmidzi, Ahmad dan Al-Baghawy)

Ketahuilah wahai saudariku sesungguhnya di dalam qana’ah itu ada kemuliaan dan ketenteraman hati kerana sudah merasa mencukupi, ada kesabaran dalam menghadapi hal-hal yang syubhah, yang semua itu akan mendatangkan pahala di akhirat. Dan sesungguhnya dalam kerakusan dan ketamakan itu ada kehinaan dan kesusahan kerana dia tidak pernah merasa puas dan cukup terhadap pemberian Allah.

Perbuatan qana’ah yang dapat kita lakukan misalnya puas terhadap makanan yang ada, meskipun sedikit lauk pauknya, dan cukup dengan beberapa lembar pakaian untuk menutup aurat kita. Maka hendaklah dalam masalah keduniaan kita melihat orang yang di bawah kita, dan dalam masalah kehidupan akhirat kita melihat orang yang di atas kita. Hal ini sebagaimana telah ditegaskan Rasulullah dalam hadits yang ertinya:

“Lihatlah orang yang dibawah kalian dan janganlah melihat orang di atas kalian, kerana yang demikian itu lebih layak bagi kalian untuk tidak memandang hina nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kalian.” (Diriwayatkan Muslim dan At-Tirmidzy)

Sikap qana’ah ini hendaklah kita lakukan dalam setiap kondisi, baik ketika kita kehilangan harta mahupun ketika mendapatkan harta. Barangsiapa yang mendapatkan harta maka haruslah diikuti dengan sikap murah hati, dermawan, menafkahkan kepada orang lain dan berbuat kebajikan.

Subhanallah sungguh indah pahala yang Allah janjikan terhadap hambaNya yang memiliki sikap qana’ah, marilah kita senantiasa memohon kepada Allah agar kita di anugrahi sikap qana’ah dan dijauhkan dari sikap kikir dan bakhil.

اَللَّهُمَّ إنِّي أعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ،وَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ،وَالْبُخْلِ وَ الْجُبْنِ،وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَ غَلبَةِالرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari (bahaya) rasa gundah gulana dan kesedihan, (rasa) lemah dan malas, (rasa) bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penguasaan orang lain.”

اللّهمّ قنّعني بما رزقتني و با رك لي فيه ، و ا خلف على كلّ غا ئبة لي بخير

“Ya Allah, jadikanlah aku merasa qona’ah (merasa cukup, puas, rela) terhadap apa yang telah engkau rezekikan kepadaku, dan berikanlah berkat kepadaku di dalamnya, dan jadikanlah bagiku semua yang hilang dariku dengan lebih baik.”

Posted by: WARDATUL HAFIDZAH

10 muwasafat Tarbiyah

IHTIFAL ILMI PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Posted by: WARDATUL HAFIDZAH


Alhamdulillah, Ihtifal ilmi Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlangsung pada 12-15 oktober byk memberi pengalaman baru buatku..
Peluang berkenal-kenalan dgn shbt dr Maahad Tahfiz Quran setiap negeri byk memberi input yg berguna dlm mencanai percaturan hidup dunia hafiz yg lebih profesional..

Tahniah buat kontinjen Darul Quran (B) yang telah meraih Johan keseluruhan untuk pertandingan pd kali ini. Juga tidak lupa buat sahabat2 dan adik beradik yg telah bertungkus-lumus berjuang megharumkan nama DQ.

Special speech-congratulations for sibling Usrah IKHWATUL MARDHIYYAH#ucu Syahadah-Johan Hafazan 1-5, Ateh-Johan Debat Bahasa Arab, Ayong Hafsah-Johan Multimedia Interaktif, xspecially for kanak2 rebina*Johan Nasyeed* acu Fatimah,ateh fifah,ateh dayah,adik saadah and all of frenz...

PERANCANGAN MANUSIA vs PERANCANGAN ALLAH

Posted by: WARDATUL HAFIDZAH

Ramadhan kian melabuhkan tirai...
Saat-saat terakhir ini sungguh terasa teruji menjalani 'puasa zahir dan batin'.
Teringat waktu pengajian terakhir kelas madah Pengucapan Dakwah di Audi minggu lepas, saat menjadi pembentang terakhir, tajuk Rahsia Puasa yang ku pilih bersama Ukhti Shuhada dalam satu sesi forum...
tugasan ini secara tak langsung memberi aku peluang study bab puasa sehadamnya...Rahsia puasa yang sememangnya sudah terbongkar tetapi manusia tetap lupa akan fadhilat yang Allah janjikan..

Antara kepenatan dangan tugasan harian dirumah, taklifat dengan Quran setiap hari yang masih tak sempurna ku tunai, subjek2 untuk exam lepas raya yang entah bila nak dihadamkan...Helaian nota2 tersusun kemas dimeja tulis, setia menanti bilalah ingin disentuh.

Rupanya, timetable yang kononnya dirangka sblm bertolak balik kg belum lg terikut..
Aku takkan biarkan ini berterusan. Memikirkan masa depan..saat2 meniti tahun akhir di medan ini, pastinya hasil yang terbaik ingin ku raih.

Aku .....-Sekadar perancangan seorang manusia dhoif yang ingin menjadi baik..dan terus berusaha menjadi lebih baik.Usah peduli pandangan manusia, yang kadang-kadang pandangan mereka meleset, kuno, tidak ikhlas memberi pandangan kepada manusia lain. Aku sedar, mereka juga manusia. Tak lari dari pemikiran yang lemah...Kerana Yang Maha Hebat Perancangannya ialah Allah SWT.

Siapapun kita, menyedari kita insan yang lemah dan kadang-kala lalai membuat keputusan dalam hidup, seharusnya kita perlu sedar betapa kita perlu berusaha merancang yang terbaik disamping bertawakal sebelum pasrah dengan kehendak takdir Ilahi.

Meletakkan keyakinan kita pada Allah bahawa Dialah sebaik-baik Perancang, hati kita tidak akan gusar dan patah hati dengan segala ketentuannya. Itulah pentingnya mendidik hati. Sungguhpun tak semua apa yang kita rancangkan itu berlaku, hati kita tenang dan bersedia menerima apa sahaja hasil yang Allah rancangkan untuk kita.

"Ya Allah, bekalkan aku keredhaan dan petunjukMu dalam setiap langkah kerja buatku.. "

ALLAHUMMA FAQQIHNA FIDDIEN, WA'ALLIMNA TA'WIL, WAHDINA ILA SIROOTIL MUSTAQIM..

DOA PILIHAN

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN MURAH REZEKI

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”