TAUTAN UKHWAH

30 May 2009

Sanah Helwah Ya Ummi

Salam kerinduan buat ma...
Selamat menyambut ulang tahun ke-40 (31 Mei 1969) buat ma tersayang.
Dalam kedewasaan aku meniti hari demi hari usia remajaku,
engkau meniti hari menuju usia tua mu...

Rindunya pada ma tak dapat dizahir dengan bahasa kata...
Seorang ibu yang banyak berjasa buat ku...
jasa yang tidak ternilai dek harta, jasa yang takkan mampu terbayar...
maaa, i love you so much !
kau insan teristimewa dan terpenting dalam hidupku setelah ALLAH dan Rasul.

Doaku semoga dirimu dipanjangkan usia, diberkati hidup dengan rezeki dari-Nya, bahagia bersama keluarga kita...Moga dirimu tabah mendidik kami, menjaga dan mengasuh kami tanpa rasa erti penat dan jemu...

"Ya Allah, andai ada sedikit pahala amalan dari kitab-Mu yang ku hafal, ku ingin hadiahkan untuk bonda ku yang melahirkan, mendidik dan menjagaku menjadikan seperti mana aku sekarang, kerana aku tidak mampu membalas jasanya..saat dia lemah mengandungkan aku, saat perit melahirkanku, saat penat mengasuhku..........seinfiniti pengorbanan yang tiada tandingan...Ya Rahman, aku memohon kepadaMu agar peliharalah aku dari menyakiti hati ibu, dari menderhakai ibu, dari mensia-siakan hidup ibu...jauhkanlan lah ya Allah"
Disaat meng'handle' muhasabah dalam suatu program remaja sekolah 2 minggu lepas...
suasana malam yang cukup hening, hati ini sayu dan pilu menyebut namamu...ibu...,
sebak tak tertanggung saat mengenang kembali jasa dan pengorbananmu...
semua peserta sebak mengalirkan air mata seusai aku menyusun bait-bait kata mengenang jasa bonda...
Dan aku bertambah sayu.. seorang adik kecil menangis teresak-esak...
......astaghfirullahal 'azimm...

Rupanya dia sudah kematian ibu beberapa tahun yang lepas...sangat2 menyentuh hatiku saat insan ini berpaut padaku.."akaaak,saya nak umi sayaaa".
Nada sebaknya buatkan aku serba salah...

Seusai muhasabah...aku sempat menemuinya...
"Adik sepatutnya bersyukur, Allah lebih sayangkan Ummi.
Allah pelihara adik dari dosa menjadi anak derhaka. Adik cukup beruntung..sangat2 beruntung bila adik selalu doa kat ummi...jadi anak solehah...Ummi adik tenang kat sana...

AKU TAHU, TAK SEMUDAH BIBIR MENUTUR KATA!

Dalam kesayuan aku hanya teringat ma kat rumah...
Hatiku tiba2 terdetik, seandainya aku di tempat adik itu...na'uzubillah..
TAK SANGGUP..TAK SANGGUP...aku tak dapat bayangkan hidupku tanpa ma di dunia ini...

"La yukallifullahu nafsan illa was 'aha"

"Ya Allah, panjangkan usia ibuku untuk aku terus merasai kasih sayangnya dan dapat berjasa untuk hayatnya...Ampunkan dosa-dosanya, Yaa Rabbal 'aalameen"

Permata hati ma dan abah:Kakak, Angah, Nadya, Aiman, Aizad, Nureen.

27 May 2009

Muhammad al-Fateh Dalam Sejarah


Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad atau lebih dikenali dengan Muhammad Al-Fateh telah mengukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.
Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
d. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
e. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Perkaderan Muhammad Al-Fateh bermula apabila Sultan Murad (ayah beliau) memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

26 May 2009

MAWADDAH WA RAHMAH


Allah swt telah tautkan hatiku dengan hati-hati mereka...
Cinta dan kasih sayang yang halal untuk dinikmati berlandaskan kerana-Nya.

Hampir setiap hari, ada sahaja panggilan telefon...tak pernah jemu berbual, sentiasa bermodal, sungguhpun benda yang sama setiap hari soalan-soalan diaju untukku,
"Kak apa khabar?, dah makan?, buat apa?, jangan lupa jaga kesihatan, tidur cukup, makan cukup tau"
Dan aku, berbalas pertanyaan yang sama.

...Alhamdullillah, merekalah golongan istimewa dalam hidupku, berkongsi cerita, suka duka mereka sentiasa diperkhabarkan walau jarak memisahkan. Mereka semua dah boleh berdikari, menjadi penyambung rantai perjuanganku di medan yang lepas...

Malam tadi dapat panggilan lagi,
"Kak, jadi tak tengahari esok?"

"Jadi la,bila adik-adik habis exam?"

"12.30"

"Ok, bila dah semua berkumpul,nanti mesej yer,kak call balik then loudspeaker..Esok last exam kan?All da be$ for 2morrow,Focus mid year MUET!

.....Dan hari ini seperti yang dijanjikan....12.40 p.m.....
MESSAGE INBOX : kak, kami dah kumpul, tapi tak cukup semua, separuh pergi meeting pengawas..

Tanpa balas message, aku terus call mereka..."Assalamualaikummm.."
Salamku bersambut dengan penuh keriangan dengan suara manja mereka, bising..mereka berebut siapa nak cakap dulu.

"Akak tak dengar, sorang-sorang la, loudspeaker tak?"

"Ok kak, clear"

Dari jauh dapat menghubungkan kami bersama. Mereka mengistilahkan ini sebagai "USRAH ON AIR".

Seusai penat berceloteh panjang untuk mereka, pesananku berakhir sebaik sahaja azan Zohor bergema.

Seakan terlepas rindu untuk mendengar suara mereka walaupun tak semua. Aku pinjamkan ciri-ciri khusus Islam untuk mengketegorikan usrah dengan sifat 'murunah'.

Fleksibel bila-bila masa, dimana jua. Bukan tertumpu pada halaqah yang dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan diakhiri dengan kafaratul majlis/surah al-Asr semata-mata.

Bagiku usrah sebenar bermula selepas tasbih kafarah dan surah Al-Asr serta diakhiri dengan Al-fatihah...
Analoginya, itulah praktikal sebenar apa yang kita dapat di dalam halaqah.

Betapa indahnya menghargai sepenuhya nikmat berukhuwwah dalam usrah apabila menjadikan tema 'memberi dan menerima' sebagai wadah mengambil manfaat untuk bekalan hidup.

..Opps, aku terlupa!
Sejam lagi ada usrah Ikhwatul Mardhiyyah kat tasik. Belated birthday surprise 'Anje Fairuz'.
kad tak buat lagi...!
tak sabar nak kumpul semua, saat di dalam halaqah merehatkan kami dari kekangan kerja yang tak pernah berkesudahan...

Pengisiannya...: NANTIKAN IM GATHERING Ke-III untuk anak cucu keluarga besar Ikhwatul Madhiyyah Darul Quran dibawah anjuran usrah IM..

MUSLIMAT MP3


Slogan keramat ini akan kita pastikan seiring dan sejalan dengan slogan Student Power yang sering kita laungkan sebelum ini. Namun pada saat itu, kepemimpinan muslimat ditenggelami dengan kehebatan dan jiwa besar muslimin.


Langsung tenggelam figure-figure muslimat dek kelantangan daripada pihak muslimin. Nah, dengan semangat slogan ini, kita mendambakan satu perubahan yang sangat power dari pihak muslimat, agar kita juga mampu untuk terkehadapan untuk menyuarakan isu dan pendapat bersama-sama dengan muslimin.


Pandangan masyarakat terhadap kedudukan wanita perlu diperbetulkan. Penjelasan mengenai hak wanita menurut pandangan Islam perlu diberikan penjelasan dengan sebaik agar idealisma gerakan-gerakan yang sering menyalah tafsirkan ayat al-Quran dan hadith ini dapat diperbetulkan dan dihapuskan. Islam tidak pernah sekali-kali merendahkan kedudukan wanita, malah Islam telah meletakkan wanita ini pada tempat yang sangat sesuai dengan jiwa dan kemampuan kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai gerakan muslimat muda.


Dengan mengambil semangat gagasan MP3, laungan slogan MP3 akan sentiasa menemani kita dalam melakukan perubahan pada masyarakat.


M= MUSLIMAT P = POWER! P = POWER! P = POWER!

TAKBIR!!!!

18 May 2009

BELAJARLAH ERTI REDHA...

Sekarang tangan ini bagaikan kaku sahaja.
Tiada kudrat tidak bermaya...
Rasanya seperti sukar untuk menulis kembali. Mungkin banyak peristiwa yang berlaku sepanjang April dan Mei. Memang kena betul dengan pepatah arab: kewajipan melebihi masa yang ada. Hari ini tarbiyyah tak langsung yang berguna untuk saya daripada Allah adalah belajar erti redho.
Kata orang sabar itu adalah yang paling mulia, tapi redho itu paling tinggi selain bersyukur menerima ujian kerana antara sabar dan redho, redho itu kita perlu ikhlas menerima setiap ketentuan.
Bayangkan jika anda menerima ujian yang terlalu berat, kita akan tahu apa bezanya redho dan sabar. Ia memang berbeza.
Dulu seorang sahabat saya bertanya, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? Waktu itu saya hanya diam tanpa memberi apa-apa respon kerana sememangnya saya tidak tahu. Hari ini, setelah saya melalui episod yang sukar dalam hidup, saya punyai jawapannya.

Pertama, jangan terlalu mengikut perasaan dan sentiasa berfikiran positif, maka dengannya kita akan ikhlas dengan ketentuan Allah.
Kedua, yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar.
Alhamdulillah hari ini saya belajar.
Berkata Umar Abdul Aziz:
"Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya."

Kembalilah kepada Allah,Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Saya telah menemui ramai orang yang diuji hampir sama seperti saya. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti saya tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri dan sebagainya.
Nauzubillah...

Alhamdulillah episod duka saya lalui itu dengan penuh terarah. Saya masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2)

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah. Saya ingin ulangi kata-kata seorang murabbi, Allah baru sahaja menguji kita sedikit jika hendak dibandingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas.
Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kepada Allah sangat diperlukan.
Al-Mutanabbi berkata, ‘Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua.’ Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua =).
Kata William Mark Gaugil dalam pidato ilmiahnya di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika, ‘Perasaan tidak bahagia seperti takut dan cemas sangat mungkin memberi kesan kepada penyebaran kalsium di dalam tubuh dan selanjutnya akan mengakibatkan kerosakan pada gigi’. Mungkin ini kesan sedih dari sudut kesihatan.

Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.
Wasiat Luqman Alhakim: ‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’ .

Syukur, terlalu banyak pelajaran Allah berikan untuk saya daripada ujian ini.

Seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia. Akhirnya saya belajar erti sabar dan redho. Amin...

13 May 2009

MOTIVASI : BAGAIMANA MENCARI KEBERKATAN ILMU?


Untuk mendapatkan "Qudwah hasanah" yang mampu merapati imej generasi Al-Quran dewasa ini bukanlah mudah, apatah lagi untuk mendapatkan individu yang mampu menjelmakan ilmu serta jatidiri berteraskan Al-Quran dan As-sunnah.


Kita adalah 'pakar motivasi untuk diri kita'. Ilmu akan kekal pada hati-hati yang tiada dosa. Lazimnya kita mudah mendapati dan memahami ilmu tetapi amat mudah lupa apa yang sudah kita pelajari.


Sifat lupa sinonim dengan kehidupan kita.Dah namanya 'manusia':kesilapan ini oleh dimaafkan dan boleh diusahakan untuk memulihkannya dan memperbaikinya.


Salah satu faktor penting yang menyebabkan ilmu susah nak lekat kat hati kita ialah tiada keberkatan dalam ilmu.


Kat sini kita dapat kenal pasti bagaiman cara yamg terbaik untuk mencari keberkatan ilmu.


1.Niat belajar kerana Allah s.w.t.Betulkan semula niat belajar untuk menjadi yang terbaik.


2.Sentiasa doakan ibubapa, guru-guru, rakan-rakan, dan diri sendiri.


3.Berjumpa kembali guru-guru yang telah mengajar kita dan ucaokan terima kasih kerana mengajar, minta maaf dari mereka dan maafkan mereka, inta mereka halalkan ilmu yang mereka ajar.


4.Jaga ibadat setiap masa samada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.


5.Bersihkan hati dengan melakukan amalan-amalan mulai seperti solat sunat, puasa sunat, baca Quran setiap hari, istighfar, memaafkan semua orang ,sentiasa dalam keadaan berwudhu', jaga kesihatan, dan sentiasa berkomunikasa dengan Allah melalui doa


6.Tawakkal kepada Allah s.w.t semsa berusaha dan selepas berusaha.


Semoga hai-hari yang kita lalui disinari cahaya rahmah dan kasih sayang dari Allah s.w.t.Selamat beramal...

DOA PILIHAN

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN MURAH REZEKI

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”