TAUTAN UKHWAH

11 April 2009

BARAKAH YANG DICARI.....

"Ya Allah, apa ertinya ujian-ujian yang menimpa keatasku hari ini,
sungguh hambaMu yang hina lagi dha'if ini tidak layak untuk bertanya sedemikian,
tapi hati kecil ini sedikit terdetik dan akal yang sejengkal ini sedikit terusik untuk berfikir apa, mengapa, bagaimana, kenapa... aku?.

Ya Rahman Yang mengasihi seluruh umat jagat maya....
Seandainya ujian-ujian ini menguji iman ku diatas landasan kesabaran, Kau bekalkan aku segalas kekuatan, agar aku tidak alpa bahawa aku dalam jagaan dan pengawasanMu...
Ya Rahim Yang mengasihi segolongan hamba yang taat...
Seandainya ujian-ujian ini sebagai kifarah debu-debu dosa yang tak tertanggung di dalam warkah amalanku, Kau terbangkanlah debu-debu tersebut dan bekalkan aku NUR HADAYAH MU yang tak kenal malap untuk menyuluh perjalanan hidupku hingga ke hembusan nyawa terakhir ...
AHDINI YAA RABBI..AHDINI YAA RABBI...AHDINI YAA RABBI...!"

"Wahai Yang Maha membolak balikkan hati, thabatkanlah hati kami
di atas landasan AgamaMu dan di atas ketaatan padaMu"

Salam Mawaddah Warahmah ila dhuyuufil kareem,
yang sudi menatap nukilan ini sungguhpun insan ini tidaklah sehebat kalian untuk mencoret kata 'berisi' dalil berpaksi, apa lagi untuk menasihati dengan ilmu yang secebis cuma ini tetapi anggaplah sekadar ingin berkongsi....

Musafir yang singkat pada hari ini banyak memberi kesedaran kepada ana erti 'berkat' yang dicari...entah kenapa benda ni berlegar-legar kat otak ni..tengah dalam kenderaan duk fikir, tengah berjalan duk fikir, tengah makan pun 'dia' datang jugak...ana pun bukan jenis melayan sangat dengan benda-benda remeh, tapi benda ni buat ana tersedar apa itu keberkatan hidup dalam kesederhanaan...

Mungkin sahabat-sahabiah pernah mengalaminya...
Biarlah pengalaman bermusafir tadi cukup untuk disimpulkan sebagai ujian dan nikmat yang perlu disyukuri....

Sahabat ana pernah bercerita di dalam suatu halaqah ilmi dikampus, diantara bukti keberkatan dari Allah diatas hubungan baiknya dengan Allah dan manusia yang boleh kita nampak dan rasa dalam kehidupan...
-makanan yang sedikit tetapi dapat mengenyangkan ramai orang...
-duit yang sedikit tetapi cukup untuk menampung perbelanjaan...
-anak yang ramai dan berjaya seluruhnya...
-kerja yang bertimbun-timbun dalam suasana pelaksanaan kerja yang aman...
-badan yang penat tetapi keadaan hati yang tenang...

Banyak lagi contoh2 bukti kasih sayang Allah pada kita yang real dialami dalam kehidupan seharian...

Ana takjub dan kagum dengan sahabiah ini, keluarga agak berada tetapi low profile, kadang-kadang kita terasa kalah dengan sifat kesederhanaannya, perbelanjaannya, makan pakainya...dan yang paling ana kagum, ibadahnya...SUBHAANALLAH...!

Dlm ksibukan mlaksanakan taklifat yang diamanahkan sebagai seorang pimpinan plajar, dia tidak dpt lari dr ujian kekangan masa antara study dan taklifat, sungguhpun begitu tawakal dan pergantungannya pada Allah cukup2 membuatkan ana terharu...hasilnya tengoklah natijah exam dia....Subhanallah.....Alhamdulillah..

Sesetengah orang yang dapat risult power berkata," aku tak study mana pun, tapi syukurlah dapat mcn ni..."

Sedarilah, golongan ini berdiri di atas dua jalan, sama ada di atas jalan nikmat keberkatan yang Allah hamparkan atau ujian yang menguji tahap kesyukuran dan pergantungannya kpd Allah...

Kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan adalah asas laluan menuju KEBERKATAN ALLAH..

Sama-samalah kita mencari keberkatan hidup di dalam setiap kerja buat kita. Ketahuilah bahawa setiap amalan zahir kita akan terkesan pada hati...
JAGA HATI, JAGA DIRI, INSYA-ALLAH KITA DALAM JAGAANNYA..!

BARAKALLAHU FII KUM...

08 April 2009

Pemergianmu........

Bumi barakah ini menjadi saksi...terpatrinya sebuah ikatan suci pada bulan Mei 2007 antara anje Usrah Ummu Sulaim dan anje Usrah Paradise Seekers.
Detik yang bersejarah itu menyaksikan tertabalnya taklifat yang perlu dipikul oleh dua hati ini untuk bersatu memikul beban dakwah.

"Waah, sekelip mata je dapat anak 11 0rang...seronoknya!".Tu la first impression pasangan ini.
Apa nak buat dengan bdk2 ni, masih dalam perancangan.

Alhamdulillahu wa ni'mah ! setelah melalui frasa pentarbiahan dari menghisap ibu jari, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan.....dan hari ini kami permata hati angah dan along InsyaAllah cuba berlari seiring perjuangan kita..

Syukurillah yang tiada bernoktah..... hampir semua di antara kami sudah ber'anak' dan ber'cucu'.
Keluarga IKHWATUL MARDHIYYAH kini berkembang biak menerajui sistem pertarbiahan akhlaqiah, mencanai fardhu muslim untuk mencapai matlamat jangka panjang.

Sedetik bersama seabad terasa, suka duka kehidupan dikongsi bersama, bila teringat balik...
aduiiiiii....mcm-mcm pe'el, mcm-mcm ragam, mcm-mcm ADA..pendek kata, nasib baik tak beruban Along ngan Angah melayan telatah manja si anak-anak. tu belum cukup sedozen..

Hari demi hari dilalui, keluarga IKHWATUL MARDHIYYAH meniti alam dewasa menuju kematangan hasil tunjuk ajar Along dan Angah. bangga dengan adik-beradik.

Uda dah jadi YDPah, Ucu dah jadi T.SU agung, Ateh pulak pegang lajnah tarbiah...mana yang lain??

Achik dah jadi T.P.semester, Anjang T.P library. Anje T.SU library.. Yang lain? Alhamdulillah..tetap menjadi pendokong dan penyokong.

Taklifat ini bukanlah untuk dibanggakan, bukan jua bahan tontonan untuk mendabik dada tetapi amanah dan tashlifat yang perlu disempurnakan...serta bakal dipersoalkan.

"Angah dan Along, kau tinggalkan kami dengan seribu satu kenangan yang tidak boleh dijual beli dengan dinar emas, memori bersama dari awal kita dimedan ini banyak mengajar kami frasa menuju kematangan sebagai seorang mujahidah berjiwa haraki...
Kau tinggalkan kami dengan sendu duka dan pahit maung erti sebuah pengorbanan,
Kau tinggalkan kami dengan gelak tawa erti kemanisan ukhuwwah berpanjangan,
Kau tinggalkan kami dengan tarbiah ruhiyyah dan jasadiah sebagai bekal meniti hari yang masih berbaki di medan ini...

Hari ini..Along dan Angah sudah tiada disisi, bukan mati menghadap Rabbi, bukan jua pergi tak kembali...tapi pemergian Along dan Angah suatu kehilangan yang terkesan dihati, sungguhpun medan kita sudah berbeza, tapi matlamat kita adalah sama...biar kami jatuh bangun sendiri, biar kami tersungkur rebah ke bumi, biar lali agar kami matang meneruskan perjuangan yang tidak bertepi...

Selamat meneruskan perjuangan buat Along yang bakal berangkat kebumi hijaz dan Angah yang kini bergelar ustazah...langkahmu kami susuri dan doakan kami cekal disini.

MAI SINI NAK OYAK CEGHITO...!

Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan.

Pd zmn Nabi Musa a.s. dulu, ada sorang hamba Allah ni kerjanya sokmo mencuri.
Sudah 40 tahun dia mencuri. 1 hari, dia tengok Nabi Musa a.s. duk berjalan.
Terlintas di hatinya utk join Nabi Musa a.s.

Katanya, “ Kalu aku dpt b'jln dgn Nabi Musa, hrp2 dpt juga berkatnya utk aku.”
Tapi bila difikir balik, dia x jadi truskan niatnya.
Dia b'kata, “Aku ni pencuri. Manalah layak org macam aku nk b'jln dgn nabi.”

Pahtu dia tengok plak seorang abid b'lari-lari anak kejar Nabi Musa a.s. dr blakang.
Si abid ni tlh b'ibadah dgn istiqamah slama 40 thn dan dikenali orang.
Si pencuri tu b'kata dlm hatinya, “Baik aku b'jln dgn abid ini. Moga2 ada baiknya utk aku.”

Lantas si pencuri gi dkat si abid dan minta kbnaran utk berjalan b'samanya.
Apabila t'nampak si pencuri, si abid t'kejut dan terus rasa takut.
Dia kata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.”

Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.
Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah.
Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu.
Dia miskin dan tanggungannya banyak.
Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa.
Jiwanya terseksa dan menderita.

Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan. Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya.

Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah.
Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia.
Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati.
Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu.
Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.

07 April 2009

HIJRAH PENGEMBARA

Epilog semalam mula menyapa,
tatkala diriku teringat dari lamunan duka,
yang pernah menghantui darah muda,
berkali-kali hatiku menegaskan,"ia hanya sejarah semalam",
jangan diulang lagi,
memujuk hati sendirian seakan-akan mendambakan masih ada harapan,
terus membina keyakinan, keteguhan hati dan ketetapan iman.

Kembaralah jiwa,
inginku berlari dengan semangat baru,
memeras keringat muda, bertulangkan semangat jitu,
bersama tenaga kental, bersalut jiwa yang waja,
bertatahkan minda merdeka.

Bangkitlah semangatku,
inginku lunaskan hutang usia semalam,
yang kupinjam dulu tiada keuntungan,
yang kucari itu temui kegagalan.

Kupujuk lagi,"mengapa ingin terus di situ?"
ingat!remajamu hanya sekali, dewasamu menunggu hari,
sedang tuamu belum pasti lagi,
jangan hanya tunduk pada nasib,berhambakan usia bisu.

Hijrah suatu pengembaraan,
menyuntik semangat berjuang pada cita-cita,
tak akan kukaramkan cintaku pada sebuah kejayaan,
yang pasti,inginku merdeka daripada kecewa semalam.

TUNAS CIPTA, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
KELUARAN OGOS 2006.

Sekilas pandang, fikir-fikirkan...


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.
 
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di 
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah 
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
 
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam 
kenangan.
 
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu 
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
 
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali 
kepada bentuk asalnya.
 
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada 
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
 
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan 
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.
 
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan 
banyak tapi diiringi dengan riak.
 
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada 
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
 
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari 
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera. 
 
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
 
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu 
mengecewakan agama.

Jangan Biarkan Akalmu Sendirian Tidak Berteman

Sesekali termenung sendirian, hatiku bermuhasabah memikirkan siapakah aku sebenarnya...? Kenapa aku disini dan bagaimana aku kesini?
Rupanya semua itu kerana Allah.

Berhadapan dengan bentangan tasik nan indah disuatu ceruk dibumi barakah ini banyak membawaku mengenali hidup bertuhan.
Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih sudi memberi ruang dan peluang untuk hambaMu yang hina ini meruskan hidup setelah kau mengujiku dengan suatu saat yang amat sukar...masa tu terasa seakan nyawaku....xnak ingat daah....apapun syukurillah masih diberi pinjaman nyawa lagi.

Di saat aku berjalan-jalan sendirian menikmati ciptaan Yang Maha Agung, aku tahu aku bukan keseorangan.
Mungkin ini suatu perkongsian secebis ilham dikurniakan Allah swt. Apalah lebihnya kita berbanding makhluk lain?

Pernahkah kita terfikir kenapa dikatakan akal yang sejengkal ini mampu menyelesaikan masalah sebesar gunung ? dapat menciptakan bangunan setinggi KLCC ?

Dimana pula letaknya akal dalam badan kita ?
Sungguhpun begitu, akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-sifat kekurangan dan kita memerlukan 'charger' bagi memastikan kekuatannya berterusan.
Kekuatannya mestilah bersandarkan kepada Allah dan tidak boleh bersendirian tidak berteman.

Akal adalah guru diri kita dan dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan akhirat bagi makhluk berpangkat manusia.
Pemandu hidup manusia mestilah bertunjangkan hidup bertuhan dan dipandu wahyu Allah swt.
Akal tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian. Jika dia bersendirian memimpin manusia, mesti tersesat jalan.
Apa risikonya tersesat jalan..?

Bukan sahaja padahnya diterima didunia bahkan bersambung diakhirat dengan azab yang berat. Sama-samalah kita perbanyakkan berdampingan dengan Al-Quran dan Sunnah rasul junjungan kerana disitulah segalanya boleh dijadikan panduan memandu akal mencari mardhotillah...

DOA PILIHAN

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN MURAH REZEKI

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”