TAUTAN UKHWAH

26 August 2011

Sedar Diri:Ramadhan bakal meninggalkan kita..


Assalamualaikum Wa rahmatullahi Wa barakaatuh..


Ramadhan kian melabuhkan tirai, Apa perasaan kalian?
Adakah berpuas hati dengan kondisi diri dalam beramal ibadah seharian?
Bagi saya,rasa terkilan pada diri kerana belum sempurna meraikan pesta ibadah dibulan ini...'sale'nya hampir ke penghabisan stok..Jual beli dengan Allah belum sempurna...Allahu Akbar.
Tidak sempat memenuhi segenap malam2 Ramadhan dengan panggilan dari masjid..
Al-Quran pula tidak mencapai target khatam yang sepatutnya...
Beberapa hari sahaja lagi..seharusnya aku khuatir adakah ini Ramadhan terakhir bagiku..

Tersentak dengan berita kematian tunang kepada makcikku petang tadi...Jumaat terakhir dibulan Ramadhan...Al-Fatihah buat Allahyarham..
Bertuahnya seorang alim pergi menghadap Allah dalam keadaan tenang dibulan yang mulia...
Biarpun baginya tiada zuriat yang mampu menjadi saham pelaburan..Namun amalnya insyaAllah mampu menjadi galang ganti saksi perbicaraan dihadapan Tuhan..Segalanya dlm pengetahuan Allah.

Bagaimana dengan kita???

Memerhati manusia lain yang pelbagai gaya..mendorong diri untuk seperti mereka. Kita sudah tiada masa sebenarnya utk bermanja2, b'gaya, b'peleseran tiada hala, b'foya2..
Seandainya kita tahu bila ajal kita?? Lantas diri tiada tenang membuat amal persiapan...
takut pun datang, tidur tidak sekali-kali, makan tidak bernafsu lagi..hakikatnya Allah itu Maha Penyayang..dibiar hambanya beradu dlm kesenangan, makan dengan berselera...Namun manusia bersikap pelupa..

Ramadhan bertindak sebagai 'Reminder'..

Ramadhan memberi peringatan..tanpa kehadirannya..manusia terus hanyut leka.Hikmah b'sahur dan berbuka,berlapar & dahaga, hikmah zakat fitrah, hikmah solat Tarawih, n segala macam hikmah padanya yang boleh membuatkan mata hati kita tidak buta...buta dengan ke'fana'an dunia..Semoga Ramadhan yang masih berbaki ini menjadi satu daya booster utk kita speedkan kelajuan hamasah dgn penuh kesungguhan beramal demi mencapai redha Allah..

>salammuhasabahiman<

13 June 2011

Nawwarah De' Wanie Enterprise

ASSALAMUALAIKUM.. .

Nawwarah De' Wanie Enterprise adalah sebuah perniagaan berdaftar dengan Majlis Perbandaran Nilai dan berdaftar dengan Pusat Komersial USIM.

Lokasi : G1-NAWWARAH ENTERPRISE, Pusat Kemudahan Pelajar (PKP), Universiti Sains Islam Malaysia USIM, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Mula Beroperasi : 3 Mei 2011
Beroperasi : 8.00-5.00 petang ( ISNIN-JUMAAT )

Produk : Jualan Air ( Air Kelapa, Bandung Cincau, Keladi, Sunquick, Blackcurrent, Oren, Laici, ect..),Coconut Shake, Breakfast Set ( Donut, Burger Malaysia, Karipap, Popia), Lunch Set (Lauk Ikan Keli Bersambal, Ayam Masak Merah, Ayam Gulai..) Moist Chocolate Cake, Muffin n Roti Sosej.

Pemilik : Noor Azilawanie Binti Noor Azmi
Status : Pelajar USIM
No.Hp: 013-2784882

Sedia menerima tempahan makanan & minuman untuk sebarang program berkumpulan, persatuan di dalam USIM atau individu untuk sekitar Bandar Baru Nilai. Juga sedia bergerak untuk booth konvokesyen mana2 universiti, ekspo2 ilmiah, progran karnival gerai jualan..ect
Boleh Hubungi
Bahagian Pemasaran : Wan Hamiera : 013-3134678 ( Makanan )
Zamanira : 014-8443018 ( Moist Chocolate Cake.
Promotion Medium Size : RM20 )

Jawatan Kosong : Pekerja Full Time/ Part Time diperlukan bermula bulan September
(Buka Semester Baru Selepas Hari Raya Aidil Fitri).
Kelayakan : 1. Perempuan yang expert buat kerja dapur diberi keutamaan.
2. Menutup Aurat.
3. Pembersih.
4. Umur 20-40 tahun.
5. Gaji : RM700/Sebulan

Aktiviti :
18 Jun 2011 : 1. Buka 2 Booth utk Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan,
Stadium Tertutup Nilai.
2. Tempahan makanan tengahari untuk group.

Setapak Mara Ke Hadapan

Alhamdulillah, seinfiniti syukur dirafa'kan kpd Allah swt, terima kasih buat Ayah Bonda tersayang, dedikasi istimewa buat adik tersayang فرحين ( dua org farah :Farahana & Farahin ), sahabat2 daripada Darul Quran dan sahabat USIM yang banyak menjadi inspirasi diatas langkah perjalanan dunia perniagaan...

Sebulan sudah Nawwarah Enterprise berdiri dengan prestasi yang agak memberansangkan.Alhamdulillah.Doakan ana utk terus melangkah maju dlm bidang pengajian ana dlm masa yg sama ingin memajukan perniagaan ini.

01 May 2011

Ulama' Permata Ummat : Mari kenali ulama' kita..


Profil Ulama' :

Nama : Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Hj.Nik Mat -
Jawatan : Menteri Besar Kelantan ke-12(1990-Hingg sekarang)
Tarikh lahir :10 Januari 1931
Tempat lahir :
Kota Bharu, Kelantan
Parti politik :
PAS - Pakatan Rakyat
Pasangan : Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak
Anak : 10 Orang
Agama :
Islam

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan
Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama. Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 21 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Rumah kediaman Nik Abdul Aziz
Dilahirkan pada tahun
1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Tuan Guru Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

Kediaman beliau pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang
guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardhiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia.

Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Pendidikan

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang
Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.

Beliau juga pernah belajar di:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas,
Besut, Terengganu
Universiti Deoband, India – 1952
Universiti Lahore, Pakistan - 1957
Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Beliau mampu berkomunikasi dalam
bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.

Kerjaya politik
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.

Pada
pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.

Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 44 tahun lalu.

Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya itu sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, Isu-isu di atas sedikit sebanyak mencalarkan rekod bersih Nik Aziz yang anti rasuah.

Kesihatan
Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.
Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
“
Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.
”

26 April 2011

Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais Menyampaikan Muhadharah di Masjid Darul Quran

(SUMBER : LAMAN WEB DQ)
23 April 2011
- Darul Quran JAKIM telah menerima kunjungan daripada Al-Fadhil Sheikh Dr. Abdul Rahman al-Sudais, Imam Masjidil Haram. Ia merupakan antara agenda lawatan beliau ke Malaysia bermula Isnin lalu. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah Jakim, Tuan Hj. Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Tn. Hj. Abdul Halid bin Sintol, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Tuan Hj. Razali bin Shahabudin, Pengarah Darul Quran, Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya serta para pegawai Darul Quran. Setelah mendengar taklimat ringkas berkenaan Darul Quran, beliau telah mengimamkan solat Zohor di Masjid Darul Quran yang dipenuhi dengan jemaah muslimin dan muslimat yang berjumlah hampir 500 orang.
Agenda kemuncak yang dinantikan ialah sesi muhadharah yang disampaikan oleh al-Imam Syeikh as-Sudais kepada para jemaah yang terdiri daripada masyarakat setempat, imam-imam masjid sekitar Hulu Selangor, para kakitangan dan pelajar Darul Quran. Antara amanat yang disampaikan dalam muhadharah tersebut ialah:

1) Beriman dengan al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya.
2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yang disebut di dalam al-Quran.
3) Kepentingan menghafaz al-Quran, dan setiap individu muslim itu perlu menghafaz al-Quran setakat mana yang mampu.
4) Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah mu’jizat yang agung yang menjadi taklifan untuk dihayati oleh setiap insan.
5) Melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
7) Menjadikan al-Quran sebagai sumber perundangan dan sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah
8) Mengambil al-Quran sebagai penawar (shifa’), dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat.
9) Mengawasi dan mengambil berat pada bi’ah sekeliling jika tidak merealisasikan ajaran al-Quran.
10) Menjadikan Islam sebagai cara hidup (way of life) kerana Islam adalah agama yang sempurna merangkumi seluruh aspek termasuk ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya.
Di samping itu, beliau turut menasihatkan kepada para ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memastikan ia menepati manhaj al-Quran agar menjadi pentarbiyahan yang sempurna dan terbaik buat mereka. Beliau juga berpesan kepada semua agar menguasai Bahasa Arab sebaik mungkin bagi tujuan memahami al-Quran. Di akhir ucapan, beliau mendoakan agar Darul Quran khususnya menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu al-Quran dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara yang lain dalam memartabatkan al-Quran di persada dunia.

Gambar-gambar sekitar kunjungan Syeikh As-Sudais ke Darul Quran:

©2011 Unit Penerbitan DQ | Nazra Photography
Ketua Pengarah Jakim bersama Syeikh As-Sudais di bilik tetamu Darul Quran.

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography
Bergambar kenangan bersama sebahagian warga Darul Quran.

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography
Pengarah Darul Quran mengiringi Syeikh As-Sudais ke Masjid Darul Quran.

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography
Suasana ketika majlis sedang berlangsung.

©2011 Unit Penerbitan DQ | AnNamir Photography
Syeikh As-Sudais menerima cenderahati kenangan daripada Pengarah Darul Quran.

©2011 Unit Penerbitan DQ | Nazra Photography
Syeikh As-Sudais berangkat pulang.

FATRAH IMTIHAN KABIR..

Doakan ana dalam fatrah imtihan bermula hari ni 26 April 2011 hingga 12 Mei 2011.

16 April 2011

PAMERAN & PERTANDINGAN SENI KREATIF 2011





Jumaat, sekali lagi terdaftar sebagai peserta Pertandingan Kaligrafi Khat Arab anjuran Kelab Seni& Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar USIM ...baru saja minggu lepas menyertai Pertandingan Kaligrafi Khat Arab di dalam program FESTKOM (Festival Ko-Kurikulum Mahasiswa/i)...

Alhamdulillah...langkah kian kukuh meneraju minat terhadap Seni Khat. InsyaAllah, ingin mengetengahkan keseniaan Islam yang perlu diberi perhatian.

08 April 2011

BEDAH BUKU ILMIAH- KEHEBATAN SUSUNAN AL-QURAN


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, sempat jugak update blog yg dh lama berhabuk ni...kekangan masa terlalu padat menyebabkan 'aula' blog ini terkebelakang dr taklifan lain.

Semalam selepas present tugasan Leadership depan lecterer, sempat lagi join program Bedah Buku Ilmiah di hall. Tajuk yang cukup menarik untuk memproses diri ini menuju fakih dalam agama Allah kerana merasakan diri sudah makin longgar memegang title "hafizah" dek kekangan dari segala sudut dan kurangnya mujahadah.

Sebuah perkongsian yang ana rasa perlu dan wajib untuk semua mafhum berkaitan ilmu Al-Quran ini. Kehadiran Prof.Madya Dr.Mohd Arip Bin Kasmo, wasilah Allah yang didatangkan untuk mengetuk pintu2 hati yang lalai di DKP4, USIM..Alhamdulillah, tergolong dlm golongan orang yang mampu untuk melangkahkan kaki ke tempat tersebut..karya beliau :KEHEBATAN SUSUNAN AL-QURAN DAN PENGUKUHAN AQIDAH MENERUSI PENGHAYATAN SAINS DALAM AL-QURAN.Dua buah buku yang mengupas persoalan yang sudah dikaji untuk kemaslahatan umat.

Saat mendengar perbentantangan kertas kerja dan slide2 yang dipertontonkan, hati kecil berkata-kata ada hikmah diatas setiap aturan Allah dlm hidup ni...daripada seorang pelajar aliran sains tulen, sempat menjengah seketika ke dunia nursing dan bertukar ke aliran tahfiz seterusnya kebidang pengajian Islam bidang Aqidah dan Agama...pernah terlafaz, "aku dah lari bidang"...sebenarnya..semua itu adalah cabang yang sama. Ilmu2 Islam...

Melihat pada profil Prof. Dr. Mohd yang lagi unik membuatkan diri ini teruja untuk menjadi sehebat beliau, pada asalnya menjadi 'Science Teacher' sehingga menjadi 'Associate Professor'..banggaku kerana Allah untuk insan ini kerana menjadikan bidang kajian Al-Quran&Science sbg cabang untuk mendapatkan PhD.

(Ilmu Sains=Ilmu Aqidah) -rangkap kata yang pada beliau menjadi lambang diri untuk lebih tekun menjadi hamba Allah. Belajar dan menkaji ilmu untuk menambahkan iman...Subhaanallah!
Kajiannya menggamit tanda kebesaran ilahi dan menggamit rasa kehambaan diri.
Beliau bawakan ayat ini untuk kita sam-sama fikir, Surah Fussilat.Ayat 53:

53. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?.

Rupa-rupanya buku karya beliau yang dibedah tersebut adalah karya 10 tahun lepas, bahan yang cukup berharga untuk lapangan mahasiswa merujuk dan menelaah. Menulis buku tidak menulis cerita didalam komik katanya, untuk matlamat jangka panjang dan untuk keberkesanan manfaat umat, buku tersebut mengambil masa 2 tahun dalam penulisan dan kajian.

Sebagau perkongsian, sempat ana highlightkan beberapa point penting dari analisis buku tersebut:

-Menyedari kepentingan memahami dan mengkaji Al-Quran.

-Menyedari kepentingan mengamalkan ajaran Al-Quran.

-Mengukuhkan iman apabila memahami setiap keajaiban yang ada pada kandungan Al-Quran, ini kerana...fitrah manusia inginkan bukti untuk mempercayai sesuatu, dan cabang kepercayaan ini menuju iman.

-Menyedari kepentingan mempelajari bahasa Arab.

Firman Allah dalam surah Al-Hadid.ayat : 25

25. Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami Dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat Yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan Yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi Dengan keadaannya mengandungi kekuatan Yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi Dengan keadaan Yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu Dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang Yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya AllahMaha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Sama-sama kita jadikan satu guideline untuk kita terus maju mengikut acuan Al-Quran...Al-Quran penuh dengan keajaiban, kajilah dan carilah kekuatan untuk terus mantapkan keperibadian kita..

Wallahu A'lam.

05 February 2011

HAYATI NASIHAT ULAMA'


Diriwayatkan dari Ibnu Sirin dalam Muqaddimah Sohih Imam Muslim bermaksud: "Sesungguhnya ini adalah ilmu agama maka perlulah kamu lihat daripada siapakah kamu mengambil ilmu agama kamu itu"

Tafsir Hadis: Setiap muslim perlulah melihat dari siapakah dia mengambil ilmu agamanya, hadis ini menggesa kepada kita supaya mencari seorang guru yang alim yang betul-betul mendapat ilmunya dengan bersanad dan ilmu yang sohih.

30 January 2011

...Belajar berkawan...


Assalamualaikum warahmatullah...
Seinfiniti syukur buat Pencipta- Allahu Azza wa Jalla krn masih memberikan kpd kita pinjaman nyawa dlm nikmat IMAN dan IHSAN...
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi SAW, para sahabat dan kaum kerabat baginda..

Post kali ini ana ingin ketengahkan sepertimana tajuk di atas..
Awwalan, ana mendoakan sahabat2 ana yang dicintai kerana Allah s.w.t sentiasa berada dlm kondisi sihat 'afiat..
Terfikir untuk b'kongsi tentang ini..'belajar berkawan'..
Ya..sememangnya kita perlu dan masih lagi tidak cukup ilmu bagaimana untuk berkawan..
atau..siapa blh kata dia paling pandai berkawan? atau anda ingin meng'ia'kan pertanyaan ana sbg buktinya anda sudah memiliki ribuan 'friends' di laman facebook?

Tidak cukup dengan itu wahai sahabat-sahabatku..menyedari hal ini, ana mengklasifikasikan kita masih dan sentiasa perlu tambahkan ilmu berkenaan ini.

Kerana apa? sila baca lagi...

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara kedua saudaramu. Bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Sudah menjadi fitrah setiap sesuatu perkara yang baik pasti ada perkara sebaliknya yang mengekori. Ada yang halal, maka akan ada yang haram. Ada yang gembira, akan ada ketikanya duka. Ada yang dicintai, dan ada yang dibenci. Ada pertemuan, maka akan ada perpisahan.

Begitu halnya dalam bersahabat. Ada waktunya kita gembira dan ada waktunya kita bersedih. Ada waktunya kita mencintai dan ada waktunya kita menjauhi. Dan dalam kebersamaan itu akan hilang rasa khuatir dan takut. Musnah rasa gelisah dan resah jika kebersamaan dan persahabatan itu ditaut dengan iman dan taqwa.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “Perumpamaan orang-orang yang beriman yang saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi, dan bantu-membantu di antara satu sama lain umpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota terasa sakit, seluruh jasad akan berasa sakit.”

Saat Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka berhenti bermalam di Gua Tsur. Abu Bakar meminta Nabi tunggu sebentar di luar. Abu Bakar tahu Gua Tsur banyak dihuni oleh binatang-binatang berbisa. Abu Bakar membersihkan ruang gua tersebut dan mencarikkan kain bajunya untuk menutup beberapa lubang kecil.

Selepas dipersilakan masuk oleh Abu Bakar, Nabi Muhammad s.a.w masuk dan membaringkan tubuhnya di atas tanah dengan kepalanya berbantalkan paha Abu Bakar. Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad s.a.w tertidur.

Tiba-tiba keluar seekor ular dari lubang yang tidak ditutupi kain. Terus, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya. Lantas ular tersebut pun menggigit kaki Abu Bakar. Beliau tidak mahu menggerakkan pehanya kerana tidak mahu tidur Nabi Muhammad terganggu.

Beliau merasakan kesakitan yang amat tetapi tetap tidak berteriak, tidak mengaduh dan tidak menggerakkan kakinya. Abu Bakar menahan kesakitan sehingga tubuhnya lemah dan akhirnya beliau menangis. Titisan air matanya jatuh ke muka Rasulullah sehingga Baginda terbangun.

Inilah pengorbanan seorang sahabat yang sejati. Yang rasa cinta kepada sahabatnya begitu tinggi. Lebih daripada rasa cinta kepada dirinya sendiri.

Bersahabat Perlu Sentiasa Bersedia

Walau kadang-kadang timbul persoalan di hati saat sesuatu tidak berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Walau kadang ada rasa tidak puas saat tidak mendapat apa yang diharapkan. Tapi, bersahabat tetap memberikan kita sesuatu yang penting iaitu tentang kehidupan.

Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.

Kita perlu sentiasa bersedia. Bersedia untuk berpisah. Itu fitrahnya. Soalnya cuma tinggal bila, mengapa dan bagaimana.

Banyak lagi yang ana ingin berkongsi tentang ini..nantikan sambungan post ini...BERSAMBUNG

21 January 2011

Boria USIM di MHI dan Polemik Facebook

Boria USIM di MHI dan Polemik Facebook
On 19/01/2011, in Teladan Hidup, by Abu Saif | 7,450 views | Print | Email | ....

Kredit foto: usimkini.blogspot.com

“Astaghfirullah” saya menggosok mata.

Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Saya sedang menunggu isteri menghabiskan ward round di hospital, dan mengisi sedikit masa yang ada dengan menonton rancangan MHI di TV3.

Siapa tidak kenal boria? Sama seperti dikir barat di Kelantan, boria adalah satu ekspresi budaya yang terkenal di negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu cabang seni yang ada tatacara dan ilmunya. Budaya warisan. Soal suka atau tidak suka, ia terpulang kepada kecenderungan peribadi masing-masing. Ada yang lega dengan Jazz, ada yang rasa bahagia dengan Dangdut.

Genre.

Tetapi apa yang terpampang di depan mata saya ini ialah Boria yang mengelirukan. Belum pernah saya melihat Boria dipersembahkan dengan mencampur adukkannya bersama lagu genre Samba nyanyian Zur Eda. Namun lebih mengelirukan saya ialah apabila kumpulan tersebut memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Boria Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Seperti biasa, Facebook menjadi tempat hal ini dibualkan.

Saya bertanya dengan nada sinikal, apa kaitan sebuah universiti berteraskan Sains dan Islam, dengan Boria Samba yang dipersembahkan itu.

“Boria USIM? Ya amatlah Saintifik dan Islamiknya ia!” demikian bunyi status di akaun Facebook saya.

Komen berkenaan pantas mendapat maklum balas rakan-rakan lain yang sebahagiannya turut menonton persembahan yang ganjil berkenaan. Tidak tertangkap di mata atau telinga saya, kumpulan yang membuat persembahan itu adalah pemenang tempat ketiga Festival Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FESTKUM) Disember tahun lalu.

Tiada siapa yang mengetahui di kalangan rakan Facebook bahawa kumpulan ini juga berada di bawah naungan unit Kebudayaan & Kesenian (UKK) USIM.

Boria biasa muncul di mana-mana. Samba juga wujud dalam budaya masyarakat. Namun mencampur adukkan ia, dan diperkenalkan sebagai budaya kebanggaan sebuah universiti, saya kebingungan.

KASUAL JADI RASMI

Akan tetapi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa perbualan kasual di Facebook itu telah diskrin cetak dan disiarkan di sebuah halaman web yang dikenali sebagai USIMKINI. Ia adalah sebuah halaman web yang dikunjungi oleh warga USIM sama ada daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswinya, mahu pun kakitangan IPTA tersebut. Komen di Facebook yang kasual dalam ruang lingkup yang terbatas itu, dilaporkan di halaman web USIMKINI sebagai ‘pandangan rasmi’ saya berkenaan Boria USIM. Tindakan janggal bagai tidak dapat membezakan antara perbualan seorang rakan dengan rakan-rakannya, dengan apa yang dikonotasikan sebagai ‘kenyataan rasmi’.

Dalam tempoh yang singkat, ia telah mencetuskan kacau bilau.

Saya menerima dengan lapang dada, teguran semua pihak bahawa saya boleh memilih perkataan yang lebih terhormat semasa mengkritik aset kebanggaan USIM ini. Ia menjadi pengajaran yang berharga buat saya.

Akan tetapi, pendirian saya yang bersifat substantial tidak berubah.

Budaya itu adalah suatu keaiban yang tidak layak untuk didukung oleh mahasiswa sebuah IPTA yang membawa nama Sains dan Islam. Andai ada yang masih mahu mempertahankan Boria USIM sebagai ekspresi aras menara gading, saya berlepas diri.

Kejadian ini sangat mencelikkan mata saya agar menambah baik bahasa di Facebook. Saya beristighfar dan memohon ampun daripada Allah atas ketelanjuran lisan saya sebagai manusia. Juga saya memohon maaf kepada penari-penari Boria USIM jika komen saya diambil secara personal.

I have nothing personal against any of you.

Moga diampunkan oleh-Nya.

REFLEKSI USIM SENDIRI

Namun apakah kejadian ini mampu mencelikkan mata USIM agar lebih bertanggungjawab dalam menghormati serta membawa nama ISLAM yang diberikan Allah kepada Syariat Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam?

Jangan sampai ayat ini menjadi kesimpulannya:

“Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!” [Al-Ma'aarij 70: 42]


Saya cemburu dengan huruf ‘I’ pada nama institusi anda!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

03 January 2011

TRANSFORMASI SEMESTER BARU...

Alhamdulillah..Rata-rata universiti telah melangkah ke semester baru di tahun baru ini...
Sebelum berpagian di hr pertama ke kuliah, smpat menelefon mak di kg..

"Selamat msuk sem baru, kena smangat mcm adik tau..hr ni adik dh start sekolah..tengok adik bsemangat nk masuk kelas"

Itulah kata2 keramat dari mulut seorang ibu yg cukup bharga buat diri..
Hari pertama kuliah di sem baru adalah sama dgn hari pertama adik bongsuku mlangkah ke sekolah..
Memohon redha dan restu seorang ibu itu sangat perlu..dalam menuntut ilmu atau dalam apa jua langkah kerja buat, jangan sesekali membelakangi ibubapa kita..

Sungguhpun tidak seperti zaman persekolahan dulu, setiap kali naik darjah @ melangkah ke tahun baru..uniform sekolah, beg sekolah, alat tulis dan seangkatan dengannya mesti bertukar baru...

zaman dan berubah, dunia dah maju, sekarang bukan zaman untuk merengek-rengek minta itu ini dengan mak ayah, bukan juga zaman nk selesa dengan setiap kondisi hidup di kampus...

Dengan melangkahnya tahun baru, maka menginjaklah usia..ada diantara kita tak senang dipandang melalui umur..kononnya poyo nk jadi muda, padahal umur dah dewasa, nk nmpak muda dan masih seronok terkinja-kinja..

Kita tidak seperti ulama' terdahulu..merasai bahang bersusah payah menuntut ilmu..meredah hutan belukar mencari guru...hasil merasai susah payah dan tekunnya mereka berguru maka lahirlah cendikiawan n ulama' yang mampu berfikir untuk umat..layakkah kita mencapai title sedemikian dalam kondisi kita bersenang lenang?

Memang patut disyukuri segala anugerah yang dikurniakan...akan tetapi kita kekuliah ibaratnya 'disuap-suap' kemudian balik buat assignment berpandukan Dr.Google yang dikatakan mampu membantu menyelesaikan byk mslh pelajar..library juga sudah kurang pengunjungnya..buku2 dan kitab ulama' bersawang tidak diguna..

Bukan senang untuk menjadi fakih dalam beragama..pengorbanan hanya ditahap sekangkang hama, asyik sibuk dengan hal dunia..bagaimana lah untuk menjadi mahasiswa yang pedulisme terhadap umat dan agama? jika diri berada ditakuk lama..canaikan kembali motivasi diri, terapkan visi dan misi untuk melakukan transformasi.

Salam juang.. mahasiswa Islam terus gemilang!!!

29 November 2010

ANDA INGIN BERCINTA???

Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka. Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer study' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?*

Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'.

Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?* Kerana ALLah?* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?* Kerana empunya diri itu sendiri?* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat.

Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?* Seminggu?* Sebulan?* Tiga, empat tahun?* Sehingga habis belajar?* Cinta hingga ke akhirat?Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan?

Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,* Masa yang anda korbankan untuk sidia* Hati dan perasaanSikap Matang Dalam Mencari CintaWahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah.

Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.Fikirkan..

Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?*

Petikan dr: *editor : kasih sayang Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Ustaz Mohd Zul Roslan merupakan salah seorang moderator soal jawab agama iLuvislam.com.

16 August 2010

DUNIA BARU...


Tersergam indah bangunan cancelori USIM ni...gah menyambut tetamu saat mlangkah ke pintu masuk gerbang utama...terasa bagai mimpi..duniaku skrg di kampus ini...Alhamdulillah, tercampak kesini seusai menyarung jubah konvo di bumi barakah Darul Quran...

Sungguh pun hampir sebulan, hatiku masih membeza-bezakan dengan dunia yang sebelum ini...biarpun disini aku lebih mengenali ramai manusia, bergelut dengan realiti dunia universiti, terasa diri hebat di uji...mencari-cari apa yang belum melengkapi....

Aku rindukan bi'ah itu...saat terlalai, ku sahut seru...setiap tiba waktu,laungan seru menusuk merdu..peringatan demi peringatan buat hati tenang disini...menyembahkan muka dirumah Allah...mencari zouq dlm damai mengalunkan Kalam-Nya..dari sofhah pertama dibuka hingga usai aku dpt tamatkannya, 3 tahun, harga termahal dalam hayatku...disini...dibawah kubah ini jadi saksi....
aku rindu masjid ini...namun, langkahku sekarang bukan disini...
bila ditinggalkan, baru kini aku hargai...
damai yang hilang...adakah bisa kutemui lagi...?

26 March 2010

BUANG BAYI : PENYAKIT UMAT YANG SEMAKIN TENAT



Astaghfirullahal-azimmm...revolusi dunia yang telah kembali kepada zaman jahiliyah...menconteng zaman umat nabi Muhammad...apa dah jadi ni...tiada lagi rasa bersalah, ini lah hasil anak zina...demi menjaga maruah diri, rela membuang bayi..tidak sedar perbuatan lebih teruk dari binatang...Umat semakin gersang menyedut tarbiyyah Islam..ayuh...Sebarkan tarbiyyah Islam..

24 March 2010

Berkampung ditengah kota Metropolitan

Assalamualaikum...
Slamat membaca entry ini,
ilmu hanya sekangkang kuman, sekadar ingin berkongsi pengalaman..

Rupanya tarbiyyah dari Allah ni kat mana-mana je dapat kita rasai, tak kira kat mana je kita berada, ceruk pelusuk kampung yang penuh dengan kedha'ifan atau ditengah-tengah kota raya yang penuh dengan kemewahan...Alhamdulillah, seinfiniti syukur kerana sentiasa dalam pengawasan Dia..

Kadang-kadang terasa terduga, kekangan fulus dalam musafir ini, tapi bila ditimbang-tara...rezeki dariNya melangit luas..itulah pentingnya bergantung harap pada Allah sepenuhnya selain berusaha dengan cara apa sekalipun..jadikan Dhuha sebagai amalan...

Saat ini bakal menjadi kenangan, bersama-sama dengan adik-beradik untuk rasai kemanisan dan kepahitan dalam perjuangan...susah senang dirasai, nasi sebungkus dikongsi..dan berdepan dengan ujian ..rindu pada dunia kuliah...saat berpagi-pagian ke kelas tasmi'...

to be continue...


23 March 2010

Az-Ziarah ila Terengganu

Alhamdulillah...diizinkan Tuhan, kaki ini dah tiga tahun lamanya tak pijak bumi yang dahulunya menjadi tempat bermukim...
mengimbau kembali saat menggalas beg 'garfield' ke tadika KEMAS, pergi mengaji Quran di pondok usang dan bermain-main gumpalan tanah merah seusai hujan..bestnyee...smuanya dah jadi kenangan..

Hari ini aku dapat jejak lagi bumi Terengganu tmpat tumpah darah arwah nenek..

Dari hentian Putra langkah diatur menyusur bersama adik tersayang..sebelum bertolak, sempat melangkah ke The Mall untuk mengintai apa-apa yang blh meluakkan saku..akhirnya 2 buah buku bahasa Inggeris berjaya menarik perhatian..

Bas Transnasional melewati perkarangan hentian jam 9mlm... jasad yang keletihan terus ku rebahkan sejurus menaiki bas...

"Dik...dik...bangun,dah sampai ni..kejut kawan tu"...Aaaaaa malunye driver yang kejutkan..''Arahh,cpt..dh sampai, dh call ayah ke blum??!!!"

Tak sangka, perkenalan singkat di bumi Barakah dahulunya diizinkan Allah untuk kami rasai kemanisan berukhwah...
Alhamdulillah, semusim bersama, insya-Allah membawa kesyurga..
Hari ini aku dah kenal familynya..tak kekok memanggil umi walau bukan ibu sendiri..
raut comel permata hati..si Faiz, Mariam dan Omar..takkan hilang di ingatan...'alaaahai...tomey-tomey'-pelat Omar yang sempat ter'copy' di memori..

Seronok sangat bersama family ini yang melimpah-ruah dengan kasih sayang umi dan abah..tak hairanlah melahirkan individu muslim sehebat 'adik'-jiwa sufi fikrah haraki...cehhh...puji dia plakkk..Betul lah tu...memang dia hebat..

Di sana sempat kami jengah lapangan terbang yang agak ajaib bagi diriku..dah tak cukup dah daratan hingga dibina lapangan itu se KM dari paras pantai..ombak tidak dapat menghempas
pantai lantas menghempas tebing batu hasil tangan manusia...tiada lagi pantai yang cantik..hingga memakan tebing-tebing di sekitarnya..

Banyak lagi tempat yang sempat dilihat dari jauh, tak sempat melawat sekadar sekilas pandang sisi sepanjang melewati ke destinasi...stadium runtuh..dahsyatnyee...hasil kerja buat manusia yang tidak berkualiti(pandai plak nak judge..sorry yer engineer stadium)

Sebelum ke Chendering, sempatku join family ni gi hantar Faiz ke IMTIAZ Kuala Berang..usai seminggu menghabiskan masa di rumah..cantik juga sekolah tu..sempat solat kat surau..ku tatap rehal-rehal yang menyandar di dinding surau..teringat pulak 'biah' yang tak dapat kurasai lagi..indahnya 'mencari modal di Masjid Darul Quran'...hanya tinggal kenangan...

Apapun, ku masih mengharap, Allah campakkan lagi aku ke Bumi Barakah itu...untuk ku teruskan perjuangan menggenggam Ijazah..

Seterusnya..sampai juga akhirnya ku jejaki rumah Adik B..kehadiranku bersama family Arah disambut mesra dengan 4ekor kucing Parsi yang lebat bulunya...makkk oiii...geli-gelemang dibuatnya, nasib baiklah rumah kucing tu kat luar dan diharamkan masuk dalam rumah, selamat sejahtera aku 3hari di sana..Alhamdulillah, peluang untuk ku lebih mengenali family adik B dan Musa yang cute...macam-macam peristiwa berlaku...

Ziarah-ziarah ke Terengganu sempat ku beli buah tangan..mungkin tertanya-tanya...kenapa kasut sport dan baju batik jadi pilihan...tak matching kalau nak pakai skali...apapun...jalan-jalan kali ni menyumbang secalit pengalaman yang cukup berharga dalam kanvas hidupku..

08 March 2010

Harga semusim di sana...

Seinfiniti rasa syukur kehadrat Allah s.w.t..Tiada lafaz lain yang mampu diukir....Alhamdulillah wa Maghfirotan wa Rahmah...
Detik ini boleh dikatakan aku sudah merdeka untuk seketika dari dunia kuliah...seketika cuma..kerana langkahku masih jauh untuk sampai ke destinasi..

Mungkin sekadar boleh menghela nafas lega, usai pahit getir bertempur dengan imtihan terakhir semusim berada di bumi Barakah Darul Quran..aduhai 30 juzu'..Kalam-Nya yang ku hafal..apa, bagaimana dan mengapa...Segalanya dalam pengetahuan Allah..mengimbau kembali langkah pertama..aduh peritnya..

Satu perjuangan yang perlukan pengorbanan..

Dan hari ini...Alhamdulillah..erti tiga tahun di zaman tarbiah ini amat berharga, mungkin harganya lebih mahal untuk satu tempoh tiga tahun akan datang.. namun aku amat mengharapkan hidupku lebih berharga selepas ini..

Juga satu perjuangan yang perlukan pengorbanan..
Tanggungjawab makin berat, waktu makin padat..

15 January 2010

KENAPA KITA DIUJI?

Sheikh Sya’rawi berkata : Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk menthabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran.

Ayat ke-142

Firman Allah SWT yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Iktibar dan fiqh ayat

i. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Peristiwa perang Uhud banyak memberi pengajaran kepada umat Islam.

“Apa yang berlaku banyak hikmahnya antaranya memberi peluang kepada kaum Muslimin untuk muhasabah dan merapatkan saf perpaduan dan perjuangan.

“Ia juga ujian kepada kaum Muslimin dalam perjuangan mengejar syahid dan syurga”.

ii. Hamka berkata: “Sebagai guru yang dijelaskan peranannya, menjadi satu harapan kepada kita semua untuk meneruskan setiap peninggalan daripada mereka.

“Banyak yang bersuara lantang, berfatwa menyuruh orang berjuang dan bersabar.

“Sangat mudah untuk berkata sedemikian sebelum mereka menyaksikan sendiri betapa payahnya berjuang dan pahitnya untuk bersabar”.

iii. Al-Sonhadji berkata: “Sesungguhnya memerangi hawa nafsu untuk menunaikan hak-hak Allah dan hak-hak manusia amatlah berat memikulnya.

“Namun jika menang dalam perjuangan itu, ganjaran yang akan diperolehi ialah mendapat kemenangan dan kejayaan di dunia ini, dan mendapat ganjaran di akhirat dengan memperolehi syurga jannatunna’im”.

Ayat ke-143

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Kathir berkata: “Kamu orang yang beriman begitu bersemangat untuk bertempur dengan musuh sebelum hari ini. Sedangkan apabila bertemu dengan mereka kamu bimbang pula”.

ii. Al-Qurtubi berkata: “Ayat ini menjadi celaan bagi mereka yang kalah lebih-lebih lagi yang menggesa Nabi SAW supaya keluar daripada Madinah dalam peperangan Uhud.

“Walaupun begitu, ditegaskan di sini ada di kalangan orang yang beriman yang memohon daripada Allah supaya dikurniakan syahid dan mereka memohon kesabaran untuk berjihad sekalipun membawa kepada kematian”.

iii. Al-Alusi berkata: “Ayat ini ditujukan kepada kumpulan orang yang beriman yang tidak menyertai perang Badar kerana tidak menyangka berlakunya peperangan”.

iv. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Mereka dikecam kerana berpaling dari pertemuan dengan musuh ketika diberikan kesempatan.

“Dalam satu riwayat Rasulullah SAW mengingatkan: Wahai manusia, janganlah mengharapkan pertemuan dengan musuh (peperangan), mohonlah perlindungan Allah SWT dan bersabarlah apabila bertemu mereka. Sesungguhnya syurga di bawah bayang-bayang dan naungan pedang”.

v. Al-Sonhadji berkata: “Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang berjuang dalam medan perang Uhud.

“Yang demikian itu ialah kerana ramai sahabat Nabi SAW yang tidak turut serta dalam peperangan Badar, ingin benar hendak keluar menerpa musuh yang telah berkhemah menunggu di luar bandar Madinah, dengan harapan mereka dapat mengalahkan musuh dan di samping itu memperoleh pula keuntungan seperti orang-orang yang bertempur di medan perang Badar dahulu”.

Ketahuilah saudaraku, syurga Allah SWT nilainya amat tinggi dan mahal. Justeru, marilah sama-sama kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya untuk melayakkan kita memasuki syurga-Nya. Amin.

DOA PILIHAN

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN MURAH REZEKI

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”