TAUTAN UKHWAH

21 October 2009

IHTIFAL ILMI PERINGKAT KEBANGSAAN 2009


Alhamdulillah, Ihtifal ilmi Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlangsung pada 12-15 oktober byk memberi pengalaman baru buatku..
Peluang berkenal-kenalan dgn shbt dr Maahad Tahfiz Quran setiap negeri byk memberi input yg berguna dlm mencanai percaturan hidup dunia hafiz yg lebih profesional..

Tahniah buat kontinjen Darul Quran (B) yang telah meraih Johan keseluruhan untuk pertandingan pd kali ini. Juga tidak lupa buat sahabat2 dan adik beradik yg telah bertungkus-lumus berjuang megharumkan nama DQ.

Special speech-congratulations for sibling Usrah IKHWATUL MARDHIYYAH#ucu Syahadah-Johan Hafazan 1-5, Ateh-Johan Debat Bahasa Arab, Ayong Hafsah-Johan Multimedia Interaktif, xspecially for kanak2 rebina*Johan Nasyeed* acu Fatimah,ateh fifah,ateh dayah,adik saadah and all of frenz...

17 September 2009

PERANCANGAN MANUSIA vs PERANCANGAN ALLAH

Ramadhan kian melabuhkan tirai...
Saat-saat terakhir ini sungguh terasa teruji menjalani 'puasa zahir dan batin'.
Teringat waktu pengajian terakhir kelas madah Pengucapan Dakwah di Audi minggu lepas, saat menjadi pembentang terakhir, tajuk Rahsia Puasa yang ku pilih bersama Ukhti Shuhada dalam satu sesi forum...
tugasan ini secara tak langsung memberi aku peluang study bab puasa sehadamnya...Rahsia puasa yang sememangnya sudah terbongkar tetapi manusia tetap lupa akan fadhilat yang Allah janjikan..

Antara kepenatan dangan tugasan harian dirumah, taklifat dengan Quran setiap hari yang masih tak sempurna ku tunai, subjek2 untuk exam lepas raya yang entah bila nak dihadamkan...Helaian nota2 tersusun kemas dimeja tulis, setia menanti bilalah ingin disentuh.

Rupanya, timetable yang kononnya dirangka sblm bertolak balik kg belum lg terikut..
Aku takkan biarkan ini berterusan. Memikirkan masa depan..saat2 meniti tahun akhir di medan ini, pastinya hasil yang terbaik ingin ku raih.

Aku .....-Sekadar perancangan seorang manusia dhoif yang ingin menjadi baik..dan terus berusaha menjadi lebih baik.Usah peduli pandangan manusia, yang kadang-kadang pandangan mereka meleset, kuno, tidak ikhlas memberi pandangan kepada manusia lain. Aku sedar, mereka juga manusia. Tak lari dari pemikiran yang lemah...Kerana Yang Maha Hebat Perancangannya ialah Allah SWT.

Siapapun kita, menyedari kita insan yang lemah dan kadang-kala lalai membuat keputusan dalam hidup, seharusnya kita perlu sedar betapa kita perlu berusaha merancang yang terbaik disamping bertawakal sebelum pasrah dengan kehendak takdir Ilahi.

Meletakkan keyakinan kita pada Allah bahawa Dialah sebaik-baik Perancang, hati kita tidak akan gusar dan patah hati dengan segala ketentuannya. Itulah pentingnya mendidik hati. Sungguhpun tak semua apa yang kita rancangkan itu berlaku, hati kita tenang dan bersedia menerima apa sahaja hasil yang Allah rancangkan untuk kita.

"Ya Allah, bekalkan aku keredhaan dan petunjukMu dalam setiap langkah kerja buatku.. "
ALLAHUMMA FAQQIHNA FIDDIEN, WA'ALLIMNA TA'WIL, WAHDINA ILA SIROOTIL MUSTAQIM..

24 August 2009

Guna akal untuk berfikir...

(Dipetik daripada warkah Salahuddin Ayub)

Sorotan perjuangan ulama dan kemerdekaan

Samada kita sedari atau tidak, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama membentengi aqidah umat Islam semenjak Negara kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulama kita yang berkubu di Pusat-pusat Pengajian Islam telah memancar kekuatan kepada umat Islam bagi berhadapan dengan kuasa penjajah dan serangan pemikiran ‘ghazwatul fikri’ mereka. Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan ulama seperti Adipati Yunus di Melaka berjihad menentang Portugis, Tuan Guru Haji Hassan bin Munas ( Tok Janggut ) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemuliaan Syariat Islam. Penjajah Siam yang telah menyerang negeri Melayu Utara juga menghadapi tentangan sengit daripada alim ulama seperti Sheikh Abdul Samad al Palembani.

Sumbangan Gerakan Islam terhadap proses kemerdekaan negara

Kehadiran gerakan Islam di tengah-tengah percaturan politik orang Melayu selepas perang Dunia Pertama dan Kedua yang dimonopoli oleh PKMM dan Umno telah menimbulkan keresahan kepada pihak yang bekerjasama dengan British. Pengalaman British dengan umat Islam Othmaniyyah Turki (1914-1918), Mekah (1910-1915) dan Palestin (1924-1948) telah meletakkan British begitu anti dengan gerakan Islam. Kerana itu, parti yang menjadi agen British mesti mengekang kebangkitan gerakan Islam dengan apa cara sekalipun. Umno yang ditubuhkan oleh golongan feudal Melayu berpendidikan Inggeris memperlihatkan realiti ini.

Kemunculan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 24 Mac 1947 telah menyebabkan Umno mulai memberikan perhatian kepada hal ehwal agama, pendidikan Islam dan usaha-usaha mempengaruhi para ulama supaya menyokong mereka. Tindakan Umno mewujudkan Derma Pelajaran Tinggi sebaik sahaja MATA mewujudkan LEPIR dan Derma Pelajaran MATA pada Julai 1947 membuktikan kebimbangan ini bertali arus semenjak Dato Onn menuduh MATA sebagai “bahaya dari gunung”.

Sebaik sahaja Sidang Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 14 Mac 1948 selesai dan hasrat menubuhkan sebuah parti Islam di Tanah Melayu berjaya dengan penubuhan Hizbul Muslimin (HM), maka pemimpin gerakan Islam itu mulai mengatur langkah untuk memerdekakan Tanah Melayu, membentuk masyarakat Islam dan mewujudkan Tanah Melayu sebagai Darul Islam. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ketua Umum Hizbul Muslimin bersama jawatankuasanya telah berusaha melebarkan pengaruh Hizbul Muslimin ke seluruh tanah air dan memberikan imej baru kepada Islam sebagai cara hidup masyarakat.

Kehadiran gerakan Islam semenjak 1947 sehingga merdeka, selama satu dekad tetapi penuh dengan warna perjuangan. Umno yang ditubuh oleh anak didik British dan diiktiraf oleh British sebagai parti yang diberi peluang untuk memperjuangkan kemerdekaan terpaksa membelakangkan banyak kepentingan Islam demi menjaga hubungan dengan British. Umno bukan sahaja menabur fitnah, tetapi turut berusaha menyaingi gerakan Islam walaupun membiarkan umat Islam sedunia terus ditindas oleh British. Ternyata kehadiran MATA (1947), Hizbul Muslimin (1948) dan PAS (1951) merupakan ancaman yang besar kepada gerakan kebangsaan Umno.

Pada era 1900-1940 boleh dikatakan gerakan Islam adalah merupakan gerakan utama yang mencetuskan idea kemerdekaan, penentangan terhadap penjajah dan pendaulatan semula cara hidup Islam. Walaupun mereka tidak berjaya menguasai tampuk politik tanah air, tetapi peranan yang besar di sumbangkan oleh mereka telah memungkin umat Islam bangkit untuk menuntut kemerdekaan dan mendesak masyarakat supaya meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya. Perjuangan mereka melalui media massa, pendidikan, oraganisasi separa politik dan penentangan fizikal telah diterjemahkan semula dalam versi baru oleh Hizbul Muslimin (1948) dan Persatuan Islam SeMalaya (1951) sebagai sebuah gerakan politik Islam yang bercita-cita mendaulatkan Islam sebagai cara hidup masyarakat negara ini.

Peranan Institusi pendidikan dan tokoh-tokoh negarawan dalam memacu kemerdekaan negara

Menurut YTM Dr Raja Nazrin, Raja Muda Perak di dalam titah baginda di Muzakarah Ulama’ pada 5 Julai 2007, “Maahad al Ehya as Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas, Madrasah al Idrisiah di Kuala Kangsar,The Malay College Kuala Kangsar dan Sultan Idris Training College merupakan tapak-tapak awal yang dinyalakan semangat kesedaran bangsa. Antara tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat kesedaran bangsa adalah Dr Burhanuddin al Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif, Dr Zulkifli Muhammad, Syeikh Junid Tola dan Syeikh Mohamad Tahir Jalaluddin.”

Berdasarkan latar belakang sejarah ulama dan kemerdekaan yang telah diutarakan, dengan ini Dewan Pemuda PAS Pusat berpendirian tegas bahawa;

1. Penyelewengan fakta sejarah adalah suatu bentuk kezaliman dan ketidakadilan yang nyata. Justeru, kami menentang sekeras-kerasnya pembohongan ini dan tidak sama sekali meredhai ia terus berlaku. Kami akan terus memperjuangkan tokoh-tokoh kemerdekaan yang dilenyapkan namanya dalam catatan-catatan sejarah yang ada sehingga ke hari ini lantaran kepentingan politik murahan pihak pemerintah tanpa menghiraukan kebenaran dan ketelusan fakta-fakta yang diketengahkan.

2. Sambutan Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2007 merupakan pengkhianatan terbesar sepanjang rekod sambutan ulang tahun kemerdekaan. Ini kerana sambutan pada malam 31 Ogos 2007 yang lalu telah disaratkan dengan propaganda rekaan Barisan Nasional khususnya demi kepentingan pilihanraya ke-12 yang dijangkakan belaku dalam jangka masa terdekat ini.

3. Sambutan Kemerdekaan Negara pada malam 31 Ogos 2007 merupakan penyelewengan dan salah guna kuasa yang terbesar dalam sejarah negara. Ini kerana seluruh jentera kerajaan digunakan bagi meraikan sambutan perayaan parti kerajaan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata. Apa kaitannya sambutan kemerdekaan yang melibatkan seluruh jentera kerajaan dengan parti komponen UMNO dan Barisan Nasional? Adakah rakyat dipaksa untuk menyokong parti kerajaan Barisan Nasional dan mereka tidak ada hak menyatakan pendirian mereka. Bukankah ini sebuah negara demokrasi?

4. Kami amat mengesali kerana Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) selaku hos Sambutan Kemerdekaan Negara kerana gagal mengendalikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini di atas paksi kebenaran dan keadilan sejarah bahkan ternyata telah menafikan fakta-fakta kemerdekaan, sebaliknya cuba mengangkat parti pemerintah semata-mata sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

5. Jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan golongan ulama demi perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dari kuasa cengkaman penjajah perlu dihargai. Pengorbanan darah dan air mata golongan ulama ini perlulah diberikan hak yang sewajarnya dalam penulisan-penulisan akademik mahupun catatan-catatan ilmiah agar generasi masa hadapan dapat mengetahui dan menghayati perjuangan dan sumbangan mereka terhadap kemerdekaan negara.

29 July 2009

TANDA-TANDA HATI YANG MATI...



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:


1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian
daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;


* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan
anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;


*Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

25 July 2009

Kangan sama kamu o0hh adik-adikku....


Salam mawaddah warahmah buat adik-adikku yang masih tegar berjuang dimedanmu,
Moga hati-hatimu erat tertaut memikul beban dakwah yang tidak berkesudahan,
Moga dirimu tabah, tanpa rasa sekelumit sesal tika berada dijalan perjuangan,
Moga dirimu terus istiqamah beramal dengan apa yang dibekalkan...

Diri ini mampu melihat dari jauh...
Hanya untaian doa dan seinfiniti harapan mampu kutaburkan..
agan kalian menjadi contoh terbaik luhur dipandangan,
agar kalian tahu berbakti pada ummah seangkatan,
agar kalian berusaha menunai impian ayah bonda dengan kejayaan..

Adik-adikku 'Mawaddah' yang insyaAllah terus-menerus dalam satu ikatan..
Tiada yang lebih penting bagi kalian disaat ini...
'Faqih'kan akalmu dengan ilmu, canaikan perilakumu dengan akhlak Al-Quran,
dan...sampaikan apa yang kalian tahu tentang Islam...

Sungguhpun kalian kini menuju kematangan..jangan lupa terus berbakti,
lihatlah.....renunglah ke dasar hati...
Seperti mana kalian pada hari ini..,
Berjiwa besar, tahu berbicara soal perjuangan, tahu menilai apa yang dipandang..!
Maka jangan kau alpa adik-adikmu yang sedang menanti...
untuk belajar meniarap,merangkak,bertatih,berjalan dan berlari...
Mengenal penat lelah, suka-duka di jalan ini,
Sambunglah perjuangan nabi...
"Kalau bukan kita siapa lagi ?, kalau bukan sekarang bila lagi?,
kalau bukan di medan ini dimana lagi?"

Adik-adikku...
Sungguhpun medanmu selepas ini berbeza, kita sebenarnya menuju matlamat yang sama.
Peliharalah ukhuwwah ini hingga ke Syurga..
Kerana tiada pertalian seindah berukhwwah dan berkasih sayang kerana-Nya..
Sama-samalah bernaung dibawah keredhaanNya.
JAGA HATI, JAGA DIRI, HIASI PESONALITI !

19 July 2009

BERJALAN2 DI ATAS BUMI TUHAN


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN MMC, CYBERJAYA DAN USIM,NILAI-15 JULAI 2009

Satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh Kelab Perpustakaan Darul Quran bertujuan untuk mendedahkan AJK Library’s Club dengan kepelbagaian sistem pengurusan perpustakaan di universiti lain selain daripada mencari pengalaman baru, menjengah dunia luar dalam konteks environment pelajar universiti.

Lawatan ini disertai oleh 30 orang pelajar banin dan banat serta diiringi oleh 4 orang kakitangan Pustakawan DQ.

8.15 pagi: Bertolak dari dataran Masjid DQ ke MMU,Cyberjaya.

11.30 pagi: Tiba di Dewan Utama Multy Media University, Cyberjaya.

Mendapat penerangan berkaitan sistem pengurusan perpustakaan-SITI HASMAH DIGITAL LIBRARY. Keseluruhan sistem peminjaman dan pemulangan buku, perkakasan dan susun atur menggunakan kecanggihan teknologi. Sedikit perkongsian mengenai suasana pelajar di sana, hampir 80% mahasiswa MMU adalah daripada luar negara, majoritinya dari Iran.

2.15 ptg :Tiba di Universiti Sains Islam Antarabangsa Malaysia (USIM),Nilai.

Berbeza dengan MMU, Usim mempunyai infrastruktur perpustakaan yang lebih besar dengan prasarana yang lebih mewah. Perpustakaan yang menjadi rujukan puluhan ribu mahasiswa Usim ini mempunyai 4 tingkat dengan setiap tingkatnya menyediakan fungsi yang berbeza. Sepertimana MMU, USIM juga mempunyai pengurusan secara teknologi dan lebih mementingkan keselesaan pengunjungnya.

6.15 ptg : Makan petang dan sempat membeli-belah di Nilai 3

10.00 mlm :Selamat tiba di Darul Quran.

12 June 2009

Wasilah dan Kepentingan Usrah Dalam Tarbiah


Apabila kita menyebut wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistik). Kita hendaklah sedar bahawa kita ialah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksimum mungkin untuk memanggil dan mengajak, bukan untuk berebut mahupun memaksa. Dalam hal ini, dua wasilah kita gunakan, iaitu wasilah umum dan wasilah khusus.

Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah sama ada dengan lisan, tulisan mahupun dengan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) dan apa itu aqidah yang benar. Kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.

Kita mengadakan majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan majlis-majlis lain yang boleh kita sampaikan mesej Islam. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandungan utamanya ialah Islam dan iman, bukannya perkumpulan. Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) dapat menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan usaha kita kepada wasilah khusus.

Dalam wasilah khusus, konsep ‘amal jama’i ialah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan. Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu dilalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan).

Dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenal pasti dan yang dapat menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada rohnya dan ketenteraan dalam amalannya, yang syiarnya ialah perintah dan taat.

Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja. Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan. Di sini beberapa pengorbanan diperlukan dan pengorbanan akan merupakan sebab kepada peningkatan iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.

Marhalah al-tanfiz, marhalah kedua, ialah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani. Dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.

Banyak orang yang boleh berteori dan banyak orang pula yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang banyak itu akan sanggup menanggung berbagai-bagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.

Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia sama ada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIAH HARAKIAH

Proses tarbiah Islamiah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasI oleh kebatilan yang kemas. Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar pelaksanaannya yang berkesan akan menguntungkan Islam dan jamaah.


PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas--jangan sampai ke peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Dalam hubungan ini, isi usrah janganlah dijumudkan dengan hanya membaca teks dan menghafal. Sebaliknya, pelaksanaan usrah hendaklah dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiah yang menekankan setiap aspek Islam. Kepelbagaian boleh dilakukan dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:


Usrah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.

Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah.

Dirancang dengan rapi dari semua sudut.

Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba’ dan ahli.

Antara ciri keberkesanan sesuatu usrah ialah apabila persoalan di bawah ini ditanya, jawapannya dapat diberikan dengan sempurna:

Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam?

Sejauh mana konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan ahli dalam membantu proses penghayatan Islam?

Sejauh mana ikatan dibentuk?

Sejauh mana pula pelaksanaan ikatan itu dalam bentuk amalan?

Akhirnya marilah kita sama-sama membaharui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za’imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur’an perlembagaan kami), al-jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).
Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.

DOA PILIHAN

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN MURAH REZEKI

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan
( dari menimpa hamba-hambaMu )”